Monday, October 21, 2013

Ayam Blackpepper Daun Bawang


Menu bulan puasa yang dah basi, baru nak kasi perangat. Ni pun kes tergoda tengok kat blog Kak Ayu dan anak bujang dua orang tu memang suka lauk-lauk yang ada blackpepper ni.

Ayam Blackpepper Daun Bawang
Resepi: Zila@zila4ever
Sumber:- Ayu@curlybabesatisfaction
  
1/2 ekor ayam dibersihkan
1 sudu besar black papper - jenis kasar
 
5 ulas bawang putih
 
1 1/2 inci halia
 
serbuk kunyit
 
2 sudu besar sos lada hitam
 
daun bawang
 
2 sudu besar sos tiram
 
sedikit garam
 
2 biji tomato - jika suka

1 biji bawang besar 
 
sedikit kicap


  1. Ayam dibersihkan dan dipotong kecil-kecil
  2. lumurkan serbuk kunyit dan garam,(Ayu tambah, sedikit cili kisar, bawang besar kisar, bawang putih kisar dan sedikit halia kisar +sedikit perasa) perap sekejap dan goreng hingga garing.
  3. tumbuk bawang putih dan halia hingga lumat,dadukan bawang besar.
  4. panaskan minyak,tumis bahan tumbuk dan bawang besar sehingga naik bau.
  5. masukkan sos tiram,serbuk lada hitam,sedikit kicap dan sos lada hitam..tumis seketika.
  6. masukkan ayam,gaul rata..masuk tomato dan daun bawang..
  7. masak sehingga daun bawang sedikit layu..matikan api..
  8. sedia dihidang.
The next day baki lauk ni I tumis balik tambah daging, masukkan udon. Memang habis licin la dikerjakan budak berdua tu. Memang suka sangat dorang kalau goreng udon macam ni.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...