Thursday, June 15, 2017

Agar-agar Santan Gula Melaka


Alhamdulillah perancangan Allah maha hebat, the 1st 2 weeks of Ramadhan this year jatuh pada cuti sekolah. Lega sikit hubby & I, kalau tak haru la si bujang kecil tu mau telefon nak balik rumah terus xnak sekolah. Semangat membara prepare juadah buka tu membuak-buak untuk 2 minggu pertama je la. Lepas Hafiy dah balik asrama, teringatkan apa dia berbuka terus tak berapa semangat nak memasak. Hati ni bertambah sedih bila si abang kata adik cakap dia sedih membesar cepat sangat sebab dah semakin kurang memori dia kat rumah ... ;(

Agar-agar santan ni pernah buat denga resepi lain. Kali ni kita ambil dari blog kak yatiememories pulak. Dah lama betul dia menyepi, kalau tak seronok jamu mata kagum dengan hasil air tangan dia apabila buat segala macam jenis talam dan kuih kukus.

AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA

1 paket serbuk agar-agar 10 gm 
1 liter air (4 cawan) 
1 ketul gula melaka (lebih kurang 200 gm) 
1/4 cwn gula pasir 
250 ml santan pekat (Yatie guna 100 ml santan pekat kara dan selebihnya tambahkan air) 
1 biji telur ayam - masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu 
Secubit garam 
2 helai daun pandan - dibasuh dan disimpulkan
Cara-cara: 

Masak gula melaka yg diracik halus, gula pasir bersama 1 cwn air. Masukkan daun pandan yg di simpul. Masak hingga didih dan sentiasa di kacau. Bila dah siap tapiskan dan jadikan jumlahnya 2 cawan. (Guna air yg dari 4 cwn tu ya)
Dalam periuk bersih, masak 2 cawan air bersama dngn serbuk agar2. Masak hingga mendidih. 
Masukkan air gula melaka tadi dan sentiasalah di kacau hingga didih. 
Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur dan garam. 
Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. PENTING!! Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau. Kacau ni untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk. Pandai-pandailah adjust api dapur tu ye. Nanti akan kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api. 
Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Boleh simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk dan umpphhh bila masuk ke tekak..heheheeee...

TIPS:
  1. Untuk mendapat 2 lapisan seperti yang sepatutnya, tipsnya ialah selepas memasukkan santan ke dalam periuk, biar adunan menggelegak lama sikit dalam 1 minit atau lebih. Ataupun, selepas masukkan santan, bila adunan mula mengelegak, kuatkan api dapur hingga adunan mengelegak kuat. Tapi kena hati-hati jangan sampai adunan membuak dan melimpah keluar dari periuk. Kacau-kacau adunan dalam 1 minit. Insyallah..confirm anda akan mendapat hasil agar-agar yang mempunyai 2 lapisan selepas keras nanti. 
  2. Kalau yang suka lapisan santan tu nipis jer, kurangkan kuantiti santan di dalam resepi ye. Nanti dapatlah lapisan santan (yang bahagian atas tu), nipis sikit berbanding dengan bahagian bawahnya.

No comments:

Post a Comment

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...