Sunday, July 16, 2017

Sedapnya ... Kuah Kacang Dal


Syawal tahun ni rasa agak kosong sebab first time kami beraya tanpa nenda tercinta. Biasanya first day raya meriah betul saudara mara berkunjung sebab nak jumpa nenek memandangkan nenek antara generasi tertua yg masih ada lagi dalam keluarga besar kami. Walau pun kami masih berkumpul beraya bersama dikampung macam kebiasaannya, di dalam hiruk pikuk dan gelak ketawa masih terselit rasa rindu yang amat dan tanpa sedar bergenang jua airmata. Sesungguhnya aku sangat rindu dia ... nenek a.k.a mak ;(

Antara menu raya kat kampung yang I buat tahun ni ialah capati yang digandingkan dengan kuah kacang dal. Laku macam goreng pisang panas ... tak sia-sia Marjina menguli ... haha. 3kg xcukup, I tell you, sampai kita kena ulang buat.

Resepi ni I copy dari cik Mas Duniaku. Tq Mas, introduced resepi yang best ni. Semoga bisnes Mas terus maju & maju. Disebabkan tak plan nak buat kuah dal ni, kita tak sempat la nak rendam semalaman tapi rebus je lama sikit hingga empuk.

KUAH KACANG DAL 
Resepi : Irni Maizura FB

BAHAN UTAMA
1 mangkuk kacang dal
Direndam semalaman, keesokan harinya ditos dan direbus hingga empuk.

Bahan-bahan A:
2 biji bawang besar
4 biji bawang putih
2 sudu udang kering

Kisar halus dahulu bahan-bahan ini.

Bahan-bahan B:
5 biji lada kering dikerat 4 (Dicuci dahulu)
1-2 tangkai daun kari
1-2 sudu biji sawi
1 sudu jintan halus
Garam secukup rasa
Sedikit gula
1-2 sudu kecil serbuk kunyit

Bahan-bahan C:
Sedikit kacang panjang dipotong sederhana panjang ... (kalau suka boleh letak)

♥♥♥
  1. Tumis bahan A sehingga agak garing sedikit.
  2. Padamkan api dan masukkan daun kari.
  3. Masukkan bahan-bahan tumisan ini ke dalam periuk yang berisi dal rebus tadi. 
  4. Bila kuah sudah agak kering, tambahkan lagi air  ... agak-agak, jangan kuah pekat. 
  5. Masukkan lada kering, biji sawi, serbuk kunyit, garam secukup rasa, sedikit gula dan jintan halus.
  6. Masak sehingga kuah dal sedap dan secukup rasa. 
  7. Akhir sekali masukkan kacang panjang dan biarkan empuk sebentar.
  8. Hasil kuah tu mestilah cair-cair sedikit, jangan pekat-pekat sangat.
  9. Hidangkan bersama capati. Untuk resepi capati yang sedap dan lembut, refer sini.






No comments:

Post a Comment

Soba Goreng ... menu simple yang sedap

Breakfast or dinner  .. haa lupa sudah ... hehe on one of the days. Anak I kan tekak international and Japanese food mmg his favourite la...