Thursday, July 27, 2017

Nasi Tomato, Ayam Masak Merah dan Jelatah


Ni menu bulan ramadhan yang lepas. Bila dah buntu apa nak makan untuk berbuka, adik dan cousin kata masak la nasi berperisa. Maka kita pon masak la nasi tomato. Lepas dah belek-belek kat internet, berkenan la nak cuba resepi dari Mamak Haji ni. 

Last time masak guna resepi orang lain, sedap juga tapi sebab tak masukkan entry kat sini, dah tak ingat la resepi siapa. Resepi mamak haji ni pon sedap dan mudah je nak buat, jadi kena simpan la resepinya kat blog ni lain kali xla tercari-cari lagi.

As usual, dah ada noxxa kan, kita masak guna noxxa la. Cepat pon cepat. I refer sajian dapur bonda untuk masak nasi ni cara noxxa.

NASI TOMATO
Resepi Asal: Mamak Haji Roslan

Bahan-bahannya:
1 kg. beras biasa bersamaan 5 cawan beras 
¼ tin Kimball Tomato Soup – (Tomato Soup tin 425g)
1 ½ sudu besar Kimball Tomato Puree
¼ tin susu cair
3 sudu besar serbuk badam
Air mengikut sukatan beras 1 nisbah 1 (1:1)

Bahan-bahan Tumis:
1 ½ sudu besar minyak sapi
1 batang kayu manis 3”
1 helai daun pandan dikerat 4 inci
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 biji bawang besar dihiris
½ sudu besar pes (kisar) bawang putih dan halia
½ sudu besar pes (kisar) bawang besar
½ sudu besar gula pasir
20 gram buah kismis


Cara-cara Memasak Menggunakan Periuk Noxxa:
1. Tekan fungsi `STIR FRY’ dan On. Masukkan minyak sapi.
2. Bila minyak panas, masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, dan kismis. Seterusnya masukkan pes bawang putih dan halia kisar, bawang kisar dan daun pandan.
3. Bila tumisan mula keluarkan bau yang harum, masukkan Kimball Tomato Soup, Kimball Tomato Puree, susu cair, serbuk buah badam, dan air yang telah disukat. Masukkan gula dan garam secukupnya. Rasa kemasinan air. Biarkan air mendidih.
4. Apabila air mula mendidih, masukkan beras dan kacau perlahan. 
5. Off fungsi STIR FRY. Tutup periuk. Putar tombol ke arah `PRESSURE’. Tekan fungsi `HIGH PRESSURE’ 10x (10 minit) dan On.
6. Selepas tamat masa, putar tombol ke arah `STEAM’ untuk keluarkan wap.
7. Selepas habis wap dikeluarkan, buka tudung. Ambil chopstick dan buat beberapa lubang kecil pada nasi. Masukkan beberapa titis pewarna kuning (yellow egg) ke dalam setiap lubang tadi. Kemudian gaul rata.
8. Biarkan dalam status WARM/PRE-HEAT untuk nasi senantiasa panas. 



Gandingan nasi tomato yang paling win dah tentu la ayam masak merah, kan. Untuk resepi, boleh refer sini. Next time I nak cuba gandingkan dengan Ayam Semanis Kurma pulak. Macam menarik je. Teringin nak tahu macamana rasanya.

I suka buat jelatah lagi dari acar untuk digandingkan dengan nasi tomato ni sebab sayur-sayur tu pon lebih crunchy, jadi kita dapat pelbagai tekstur yang berbeza la bila makan nanti.

No comments:

Post a Comment

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...