Monday, October 18, 2010

Siakap Stim 3 Rasa


Alhamdulillah.. tertunai la hajat hati nak merasa lauk ni utk lunch semalam setelah beberapa kali telan air liur tengok kat dapur secubit garam nun di T'ganu tu. Memang puas hati & akan diulang masak lagi, dan lagi, dan lagi ... insya Allah. Semalam pon habis licin dikerjakan 3 zaaim tu... mcm x cukup jer.

Cuma I stim, exactly mcm resepi >> healthy ler konon ... K.Nor pulak pilih utk goreng ikan tu. Seperti komen K.Nor tang gravy nya tu yg power... w/pun I tak masukkan daun limau purut sbb xde stok. Jadi x kisah la, goreng ke... stim ke ikan tu, hasilnya tetap marvellous. Hilang letih mengemas rumah lepas dpt makan menu yg lazat macam ni youuu ^_^. Ni pun tukang masak sempat snap satu je pic sbb yg 3 org tu dah x sabar2 tunggu tepi meja nak makan. Cemas jer 2 bujang kecik I tu masuk dapur semlm bila terhidu bau lauk yg mengancam ni tau. Ok... ni la dia resepi yg I korek dr dapur secubit garam tu ;P


SIAKAP STIM 3 RASA  
Sumber: Norzailina Nordin

Bahan:-
1 ekor ikan siakap - dalam 600 gm
100 ml air - boleh tambahkan air kalau nk kuah lebih
2 camb minyak - untuk menumis
garam secukupnya

Bahan Cincang Halus:-
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia muda
2 biji cili merah

Bahan Dihiris Halus:-
1/2 kuntum bunga kantan
2 helai daun limau purut ~ tak letak sbb xde stok
4 - 5 biji cili padi

Bahan-Bahan Sos:-
2 camb cili kisar
1 camb sos tomato
2 camb sos plum
2 camb sos ikan ~ ain tambah
2 camb sos cili
1 camb jus limau nipis
2 camb gula pasir
1 camt kicap manis

Cara Memasak:-
Sediakan kukusan. Lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit.
Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air.
Kukus hinga ikan masak.
Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan2 cincang selama 1 minit.
Masukkan bahan-bahan sos dan kacau rata.
Bila mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam.
Masak hinga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan tadi.
Makanlah bersama nasi putih dan ulam-ulaman.

3 comments:

  1. alhamdulillah.. sedap kan.. mmg mabeles resipi ni kan.. lain kali cuba ain letak daun limau purut, lagi umph bau dia :)

    ReplyDelete
  2. Hah Ain..sedap ni..saya tunggu ikan pancingan dr en.suami jer ni..dpt ikan mmg nak gak buat style ni..

    ReplyDelete
  3. fuh ain... kita memang suka masak macam ni... tengok resepi lebih kurang je cam ikan kukus ala nyonya... tapi sosnya lain sikit.... boleh try ni!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...