Buat utk adik I si Bungamekar tu pula utk breakfast potluck kat ofis dia hari Khamis last week. Seperti biasa... yang I tayang ni, utk kami anak beranak lerr.. Yang ni pon resepi dah berbelas tahun dr ex-officemate yg dah lama juga x jumpa. First time rasa kat rumah mak dia, terus minta resepi. Dulu-dulu... I tak kenal trifle, yg ku tahu... puding jelly cocktail je ^_^
PUDING JELLY COCKTAIL @ Trifle
(Sumber: mamafahmifahim @ Nurul Rodziah)
1 cawan tepung kastad *
2 cawan susu cair *
3 cawan air *
2-3 sudu makan gula *
2 kotak jelly Nona (rasberry/strawberry)
2 buku Swiss Roll
1 tin fruit cocktail
Kacau bhn bertanda * di atas api yg perlahan hingga likat. Susun swiss roll yg telah dipotong >< 1 inci dlm bekas. Siram sedikit air dr fruit cocktail ke atas swiss roll utk melembabkannya. Tuang adunan kastad tadi ke atasnya. Biar sejuk sebentar. Susunkan/tabur fruit coctail (yg telah ditapis airnya) ke atas kastad. Akhir sekali tuangkan adunan jelly yg telah dimasak di atas api & sejukkan.
wahh..nampak sedap..msti rasa pun sedap..nak kena cr bahan2 dulu..klau gantikan jelly ngan agar2 yg bertali tu blh ke?ke jd keras pulak nanti?
ReplyDeletesalam eina,
ReplyDeleteboleh je nk ganti dgn agar2... ikut suka tekak masing2 tapi dah tentu tekstur nya berbeza. Ain mmg lebih suka jelly... goyang2 gitu ;)