Tuesday, November 2, 2010

Kuih Bakar Pisang


Buat minum petang dihujung minggu. Terlebih rajin sikit, buat dlm acuan ni smpikan memula hafiy ingatkan kuih cara. Resepi yang sungguh lama dok lam waiting, baru kini sempat ku cuba ;) Resepi asal dr Cikgu Zana Inspirasiku tapi I copy dr blog K.Nor. Bujang kecik yg tolong lenyek pisang ni ... hihi. Memang dia suka sangat nampaknya sbb rasanya yg ala2 cekodok pisang. Banyak sungguh Hafiy makan walau pun lembik sket.

Ada kekurangan sket kuih yg I buat ni ... dh bakar 1 1/2 jam tapi turned out dlm nya agak lembik. Mmmm... puas pikir, arini baru dpt agak sebabnya. Kes tamak haloba la ni. Memandangkan semua komen tentang kuih ni sungguh memberansangkan, I terus buat dua adunan walhal santan tu cuma cukup 1 1/3 cup jer. Jadi nak cukup kannya pandai2 tambah air... padan muka, nak wat bijok org kata ... sekali, lembik melepet je kuih tu. Semalam baru2 masak, bila rasa lembik semua pakat dok cebek mulut jer xmo makan. Balik keje tadi, tgk tinggal 1/8 loyang je. Laku la pulak sbb kuih tu dah set. Kalau ikut resepi betul2 mesti lg best nih. Nampaknya harus ada ulang tayang.

Buat cikgu Zana & K.Nor, terima kasih. Bukan salah resepi ye, kekurangan diri saya yg amatur ni ... nak menunjuk terror kata org. Nasib baik masih sedap & tak masuk cik tong, kan.


Kuih Bakar Pisang
Sumber: Cikgu Zana

1 sisir pisang masak ( 10 - 13 biji).. di lenyek kasar .. ~ k.nor guna 7bj pisang berangan
1 cwn tepung*
3/4 cwn gula*~ k.nor letak 4sb gula aje sbb letak choc rice
1 cwn santan*
1 cwn susu sejat/cair*
1 biji telur*
2 sudu besar butter*
5sb choc rice ~ optional... ni k.nor saja2 letak (I tak letak)

1. Blender semua bahan*
2. Tuang adunan ke dalam mangkuk berisi pisang lenyek dan di gaul rata.
3. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan butter
4. Bakar 180C selama 1 jam.. or lebih untuk dapatkan kerak yang hebat.
5. Sejukkan.. baru di potong.. masuk peti ais lagi best

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...