Skip to main content

Sotong Masak Halia


Menu lunch my family hujung minggu hari tu. Malas betul nak keluar gi pasar. Memandangkan dalam fridge ada sotong je maka lepas belek2 buku 50 aneka sotong tu rasa nak cuba resepi yg ni. Saja nak yg simple since Hafiy pon baru je nak baik demam, tekak dia sakit jadi kurang berselera nak makan. Sotong ni pun mmg favourite budak2 ni. Bila nampak je lauk ni, terus nak nasi. Resepi ni simple je..., pengguna halianya sedikit je, jadi I rasa kurang sesuai la nama resepi tuh... hahaha... memandai je eh. Sekali belek nampak cam sotong goreng kunyit, tapi tergoda lak nak cuba sebab ada penggunaan jintan putih tu. Sekali sekala mencari kelainan dalam masakan ... apa salahnya kan ^_^


Sotong Masak Halia
Sumber: Edisi Khas 50 Sotong

600g sotong
1 ulas bawang putih ~ hiris halus
4 ulas bawang merah ~ hiris halus
20g halia ~ hiris halus
5g serbuk kunyit
5g jintan putih
10g cili merah ~ dipotong
10g cili hijau ~ dipotong
10g daun bawang ~ dipotong
100ml air
Garam

Tumis bwg merah, bwg putih, jintan putih & halia hingga wangi
Masukkan sotong, serbuk kunyit & sedikit air
Biarkan sehingga masak & masukkan garam secukupnya
Setelah sotong masak, masukkan cili & daun bwg sebagai hiasan.

Comments

Popular posts from this blog

TAJWID: Cara Bacaan Hamzah Wasal dipermulaan ayat

Alhamdulillah, silaturrahim yg terputus sejak sekian lama dengan sahabat-sahabat puspawangiku dibawah tu dapat dieratkan semula  melalui groups WhatsApp sejak pertengahan tahun lepas kalau xsilap. Bila dah berkumpul tu walau pun di alam maya memang kecoh sampai kadang-kadang beratus-ratus message yg masuk, ada yg hphone hang, ada yg keneneng nak baca celoteh yg macam-macam dr drama akasia, cerita shopping sampai la ke hal mesin basuh, piuk belanga semua. At last, kami bahagi-bahagikan group ikut kategori, memasak, biz, kasih sayang, jalan-jalan dan general. Tu pun kadang-kadang xsedar diri tersasar dari landasan ;). Tak ketinggalan, selain group menceceh, kita buat juga group mengaji. Syukur, alhamdulillah. Banyak manfaatnya, in sha Allah. Semoga kami semua istiqamah.
Seronok juga group mengaji kami walau pun sekadar di alam maya. Dapat juga kongsi ilmu sedikit sebanyak tentang hukum tajwid didalam Al-Qur'an melalui mereka yg berpeluang pergi belajar mengaji dengan ustaz. I terpa…

Sotong Goreng Kunyit (versi kering)

Lama dok berhibernasi, tetiba keluar tayang sotong goreng kunyit je? Hehe ... Actually ada beberapa orang member pernah tanya, macamana I buat sotong goreng kunyit. Sebab katanya, bila dia goreng minyak meletup2 lak. So bila I buat satu hari tu, teringat la nak share kat sini. Tu yang beriya-iya pulak snap gambar .. ;) 
Tak tau nak kata, ni versi Kelantan ke or Siam, so I panggil versi kering je lah. Before kawin dengan my darling, x rajin pon buat style gini sebab dr kecik biasa makan yg jenis basah berkuah. Bila dah kawin, balik kelantan selalu tengok dan makan kakak ipar goreng style ni terus jatuh cinta gitu.
SOTONG GORENG KUNYIT (versi kering)Resepi: ain sweetthots
Sotong secukupnya - cuci bersih dan potong bulat Kunyit dan garam secukup rasa Bawang besar holland - potong bulat Cili hijau siam - xde, ain ganti dgn cili merah. Cili hijau siam lg best .. biasa diguna buat solok lada Kacang panjang - optional Minyak

Gaul sotong dengan garam dan kunyit secukupnya. Masukkan ke dalam k…

Tteokbokki

Tteokbokki a.k.a kek beras pedas antara street food yang sangat popular di Korea. Disebabkan anak-anak suka sangat makan masakan korea, kita pon ambil peluang la belajar memasaknya. Kali ni kita nak share cara masak Tteokbokki ni. Tak la susah mana pon nak buat. Di sekitar Ampang Avenue memang banyak mini market korea jadi x susah nak cari bahan-bahannya. Insya Allah bahan-bahan yg saya share kan di sini di jamin halal.
TTEOKBOKKI(my-sweetthots.blogspot.com) 1. Tteok (Korean rice cake)

2. Kek ikan (fish cake)
3. Telur rebus 4. Ikan bilis 5. Tangleweed 6. Bawang putih 7. Korean chilli paste (gochujang)  8. Serbuk cili Korea

9. Cili padi (kalau nak pedas) 10. Gula
1. Hiris bawang putih halus2. 2. Rebus air dengan ikan bilis & tangleweed untuk dijadikan stok. Setelah mendidih, tutup api & biarkan stok tersebut selama 10 minit. Buang ikan bilis & tangleweed tadi. 3. Rebus tteok (Korean rice cake). Pastikan tteok tidak melekat. Selepas masak, buang air rebusan.  4. Simbah ke…