Ini la dia bibimbap yang I masak last Saturday. Semenjak dua menjak ni hasil masakan ku posing dalam tupperware bertingkat-tingkat ni je la sebab lepas masak je terus menderas ke Seremban jumpa hero kecik ;)
Apa yang special tentang resepi bibimbap Seonkyung ni ialah sos Gochujangnya. Kebiasaannya yang org buat is letak je pes gochujang yang ready-made atas bibimbap bila nak makan. Seonkyung dah improvised pes ni jadi sos yang lagi sedap untuk bibimbap.
Memasak bibimbap ni tak susah pon, cuma renyah je sikit nak prepare sebab banyak kerja potong memotong sayur besar batang mancis ;). Macam nasi kerabu, banyak penggunaan sayur-mayur dalam masakan ni. In fact masakan korea yang lain pon memang kebanyakannya meriah dgn pelbagai sayur-sayuran. Kita boleh buat the simplest ... dengan only 1-2 sayur dan telur je tapi pada I, bibimbap yang sedap dan menarik kena lah ada pelbagai sayur of different colours ... baru lah lagi selera nak makan. Lagi pun this way I can get Haziq to eat sayur mayur. Kalau makanan Korea, kemain makan lagi segala sayur-sayur ni.
Sos Gochujang:
1 ulas Bawang putih3 Tbs Epal Fuji - dadu kasar
3 Tbs Bawang Holland - mayang kasar
½ Tbs. kicap
2 Tbs. Gochujang
1 Tbs. Jus Lemon
1 Tbs. Gula
1 Tbs. Minyak bijan
Secubit serbuk lada hitam
Satukan kesemua bahan-bahan ke dalam blender/food processor. Blend sehingga halus. Simpan di dalam fridge sementara menunggu masa menghidang.
Untuk perapan daging (atau apa-apa protein pilihan):
1 lb. daging - potong kecil-kecil memanjang
2 Tbs. Kicap
1 Tbs. Minyak Bijan
2 Tbs. Gula
Black pepper
Untuk sayur-sayuran:
Minyak bijanGaram
1 batang Zucchini - potong memanjang seperti mancis
3 batang Carrot - potong memanjang seperti mancis
1 paket cendawan shitake - hiris nipis
1 biji capsicum - potong memanjang seperti mancis
- Panaskan kuali menggunakan api sederhana panas. Urutannya ialah kita akan memasak sayur yang berwarna cerah dulu so warna pada sayur tu tak akan memberi kesan pada sayur-sayuran yg dimasak selepasnya.
- Masukkan sedikit minyak, gorengkan zucchini. Tambah sedikit garam. Goreng sebentar hingga layu sedikit dan keluarkan.
- Masukkan sedikit minyak, gorengkan capsicum. Tambah sedikit garam. Goreng sebentar hingga layu sedikit dan keluarkan.
- Masukkan sedikit minyak, gorengkan carrot. Tambah sedikit garam. Goreng sebentar hingga layu sedikit dan keluarkan.
- Masukkan sedikit minyak, gorengkan cendawan. Tambah sedikit garam dan black pepper. Goreng sebentar hingga layu dan keluarkan.
- Akhir sekali, goreng daging yang diperap tadi dengan sedikit minyak. Masak hingga kering airnya.
Optional:
1 cawan Korean mung bean sprouts / soy bean sprouts side dish (For the recipe CLICK HERE)1 cawan Korean spinach side dish (For the recipe CLICK HERE)
1 cawan Korean radish side dish / Korean cucumber side dish (For the recipe CLICK HERE)
1 cawan chopped kimchi (For the recipe CLICK HERE)
Lepas dah siap semua, boleh lah mula menghidang. Letakkan nasi ke dalam mangkuk, ratakan. Susun sayur-sayur tadi disekeliling mangkuk, tinggal bahagian tengah untuk daging. Letak telur goreng mata (kuning masih cair, baru best). renjis sedikit minyak bijan dan taburkan bijan ke atasnya. Akhir sekali, tuangkan sos gochujang.
Part paling best dah tentu la time makan ;) - Tuang sos gochujang atas bibimbap dan gaulkan kesemua bahan-bahan termasuk telur goreng mata. Hasilnya will be seperti gambar di atas. Apa lagi ... ngap lah .. haha ..
No comments:
Post a Comment