Saturday, April 11, 2009

Paceri Terung Nyonya

Seumur hidup ni la kali pertama i masak paceri ni. Lepas ramadhan & sambut raya, tekak ni masih tak berapa selera nak makan. Pulak tu naik je keje after raya, kena keje shift petang (2pm - 10pm). Jadi choices of food for dinner... the very the limited. Masa intai-intai blog mat gebu terjumpalah resepi paceri ni... ha elok sgt la tu. Bila tengok bahan-bahannya pon senang, achik pon memberanikan la diri memasaknya utk pertama kalinya. Ni ler rupa lauk bekalan pi ofis aritu, pekena ngan ikan masin pon sodap nih. Samada anda percaya atau tidak, gambar ni di snap masa dlm tren nak ke ofis... hihi...


PACERI TERUNG NYONYA
(Sumber: Cik Mat Gebu)

2 biji terung bulat
1 biji cili merah, belah dua
1 biji cili hijau, belah dua
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji bawang merah, hiris halus
1 ulas bawang putih, hiris halus
2 camca besar cili kisar
2 1/2 camca besar rempah kari ikan
2 camca besar kerisik
Garam dan gula secukup rasa
1 keping asam gelugor
1 cawan santan
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3 biji buah keras*
1 inci kunyit hidup*
1/2 inci halia*(*dikisar halus)

Terung dibuang sedikit kulitnya, potong 2 setiap biji dan belah 4 bahagian untuk setiap potongan, rendam dalam air becampur sedikit garam. Satukan bahan kisar halus bersama rempah kari dan cili kisar, kacau rata dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang merah/putih hiris, kayu manis dan bunga lawang, masak hingga harum. Masukkan bahan2 kisar yang telah dibancuh tadi. Tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana.
Masukkan garam dan gula (lebih sikit, sebab paceri rasanya manis), kacau rata. Tuang santan dan masukkan asam gelugor. Biar mendidih.
Masukkan terung, cili belah dan kerisik, kacau rata, kecik kan api dan masak hingga terung lembut dan kuah pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan.

* Menurut kata Mat Gebu, ini resepi kaum baba & nyonya.

Friday, April 10, 2009

It's simple, yet delish!

Ini menu breakfast anak-anak & hubby pagi ni. Having a son like Haziq, yg pandai makan buat i merajinkan diri la buat breakfast. Tak sampai hati sometimes tengok muka frust dia bila breakfast roti & kaya je or cream crackers cicah air gara-gara mummy dia yg lambat bangun or kemalasan. So, semalam dok berkira-kira nak buat apa for breakfast arini, so browse ler resepi-resepi yg agak-agak boleh dibuat breakfast & terjumpa la resepi ni kat blog syahani http://syahani.blogspot.com. Picked this because it's simple, yet delish. Senyum lebar haziq bila turun makan tengok pasta ni pagi tadi... "Thank you mummy, masak special tuk abang. Abang suka sangat". Adoiii... tak ke kombang mummy ko ni bang, bab bodek... no 1.

Memang sedap pada tekakku & sempoi betul resepinya. Buatnya pon x sampai 10min dah siap (provided pasta tu dh siap rebus lah ye ). Cuma kesian hafiy, x dpt makan sebab pedas pulak untuk selera dia. I tak pernah beli tuna yg ni, ingatkan tak pedas mana. Tu pon, lada hitam campak sket je takut haziq lak tak tahan. Kalau lebih sket, lebih kick ni. Ingat nak bagi anak dara cik bunga yg sgt minat pasta tu sket, dah siap packing dah pon. Bila dah nak sampai sek agama tadi, si haziq yg pantang nampak food nih & memula kata xmo bawa bekal dah nak pulak. Mmmm alahai, takde rezeki qistina la nampaknya. Asyu jugak yang untung.

PASTA TUNA SIMPLE
(Sumber: Sherene RNet)

1 can tuna cili ayam brand (minyak dibuang)
1 1/2 cup pasta (apa jenis pun, kalau spaghetti, boleh patah 2-3)
4-5 ulas bawang putih (cincang halus)
Olive oil untuk menumis
2-3 keping cheddar cheese slice
2 tbsp grated parmersan cheese
Serbuk lada hitam

1. Rebus pasta sampai masak. Jgn lupa letak minyak/butter n sedikit garam. Masak, toskan dan letak tepi.
2. Buang cili padi dalam tuna cili tu, tapi kalau nak lagi pedas biarkan
3. Tumis bawang putih dalam minyak olive oil, bila dah naik bau, masukkan tuna cili tadi. Tumis 2-3 minit, pas tu masukkan cheese cheddar dan parmesan cheese.
4. Bila cheese dah cair dan mesra bersama tuna, letak sedikit serbuk lada hitam.
5. Bila nak disajikan, gaulkan pasta bersama tuna. Siap!

* Tuna cili ayam brand ni quite pedas. So, if nak bagi anak2 makan, i suggest go for yg mild one.

Monday, March 16, 2009

Tart Gulung


Resepi ni asalnya memang i simpan untuk cuba sempena aidilfitri 2008 hari tu, tapi tak berkesempatan. Masa balik kampung musim raya hari tu, my beloved induk tanya macamana nak buat tart gulung. Apa lagi, ni peluang keemasan yg ditunggu-tunggu. I dengan excitednya sibuk ler nak tunjukkan caranya, boleh cuba resepi Kak Ita (Ita Delights), dah berkembang bisnes akak ni, siap promo bisnes kat Astro Awani tahun lepas.


Menurut kata Kak Ita, tart ni istimewa, sebab dia akan hanyut dimulut disebabkan kelembutannya... Hasil ujikaji i haritu... memang pon, i like. Hafiy pon suka sangat. Tapi induk i kata, lembut sangat, mudah hancur. So, siapa yang buat tart ni kena la lebihkan kelembutan tangan tu yer, supaya tak le mudah pecah biskut anda nanti.

TART GULUNG

(Sumber: Ita Delights)

BAHAN A:
250 gm butter
2 steh gula kastor
2 biji kuning telur
2 steh esen vanila

BAHAN B:
200 gm tepung jagung
180 gm tepung gandum

Jam nenas secukupnya
Paper cup - i tak guna pun
Kuning telur untuk sapu

1. Sebatikan semua bahan A
2. Masukkan bahan B & sebatikan jadi doh yang lembut
3. Masukkan ke dalam acuan tart gulung & tarik panjang
4. Letak inti ditengah & gulung.
5. Masukkan ke dalam paper cup & sapu kuning telur diatasnya.
6. Bakar selama 25 minit

Sunday, March 15, 2009

Sotong Berkicap Ala Thai

Hari ni i nak share this recipe which i first ate at Nek Mah's house.... Thank you Nek Mah, ajak kami lunch masa tu . Dapat gak merasa resepi baru yg dia cuba. Was on the way to the 2 ninjas taekwondo class back then & dropping by her house ... can't really recall why. Tapi kami memang rajin juga la singgah2 umah Nek Mah ni. Dan Nek Mah pon tak kurang hebatnya bab-bab mencuba resepi baru, tapi more towards masakan la, bab baking ni ada kurang sket sebab xde oven. Menurut katanya hari tu resepi ni dia jumpa dalam majalah saji Jun 2007. Apa lagi, lepas i rasa masakan dia masa tu, sementelah menunggu ninja-ninja tu habis bertaekwondo (apa la... ninja belajar taekwondo lak ye, patutnya karate ), i pon gi le rembat majalah saji tu kat kedai mamak kat bawah tu.

Resepi ni memang sesuai utk seisi keluarga terutama yg ada anak2 yg belum remaja sebab ada rasa kicap, sos tiram, masam-masam sikit & tahap kepedasan tu boleh disesuaikan samada nak letak cili burung or cabai biasa tu. Lebih kurang rasa kuah ladna kot. Memang among my 2 ninjas favorite dishes nih! Dah banyak kali buat memandangkan sotong memang favorite dorang & bahan-bahan yg digunakan pon yg memang sentiasa ada kat rumah. Yang ni juadah masa bulan ramadhan last year.

Sotong Berkicap Ala Thai
(Sumber: Kicap Mahsuri - Saji Jun 2007)

300g sotong hidup
3 sudu besar kicap pekat lemak manis mahsuri - (x guna pon brand mahsuri ni, bantai je cap maggi yg ada kat rumah)
1 sudu besar sos tiram
1 batang serai - dititik
2-3 helai daun limau purut
5 ulas bawang merah }
2 ulas bawang putih }
1 cm halia } dikisar
1 biji cili merah } dimayang
1 ulas bawang besar }
3 sudu besar minyak
1/2 cawan air
Sedikit daun limau purut
2-3 biji limau nipis (optional) - i memang letak, lebih kick!
Garam & gula secukup rasa

1. Bersih sotong & toskan airnya.
2. Panaskan minyak. Tumiskan serai & bahan kisar hingga wangi.
3. Masukkan kicap pekat & sos tiram serta air
4. Masukkan sotong & perasakan dengan garam & gula
5. Masukkan hirisan cili merah, bawang besar & daun limau purut. Kacau 1-2 minit, tutup api dan hidangkan.
6. Jika ingin, jus drpd 2-3 biji limau nipis boleh diperahkan untuk menambah rasa masam.

My ninjas yg sibuk nak interframe ...

Thursday, July 24, 2008

Kek Oren Mamazieza


Ordered by my sis cik bunga, some time in June 08. Birthday boy is a fan of sponge bob. Memandangkan dalam peti besi ada oranges, cik bunga pon x kisah, i made Mamazieza's (RNet) Orange Cake this time.

Kek Oren MamaZieza

300 gm butter
300 gm gula
4 biji telur putih
5 biji telur kuning
320 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
2 sudu besar fresh orange juice
2 sudu besar sunquick (kalau takde pun takpe)
1 sudu teh orange paste
Setitik warna oren atau pun kuning telur

Mula-mula pukul butter dengan gula sampai kembang.
Kemudian masukkan telur satu-satu sampai kembang dengan high speed.
Kemudian tepung tadi (ayak terlebih dahulu dengan baking powder tu). Gaul rata.
Masukkan segala jus tadi dan bakar sampai masak. Suhu bergantung kepada oven anda.

Sunday, May 18, 2008

Tiramisu... a cheesy-choc treat


This entry is solely dedicated to my dearest autie cute @ ayer keroh tu. Selepas u tanya, I buat khas utk tatapan u aje. Nak rasa kalu, tungguu... i balik kg ye.

Here goes the recipe ... tq k.hanieliza ..

TIRAMISU

(Sumber Resipi: Hanieliza)

1 biji kek span coklat – kek coklat biasa pon xpe, selalu nak cepat I beli je dr mana2 kedai kek
250 gm cream cheese – any brand will do, I usually use philladelphia
150 ml yogurt asli – macam dutch lady or marigold tu
1/2 cawan gula
serbuk nescafe

1. Kek span dibelah 2 lapisan
2. Pukul keju dan gula sehingga gebu.
3. Masukkan yogurt dan pukul lagi sehingga rata.
4. Sapukan adunan dibahagian tengah lapisan kek.
5. Ayakkan serbuk nescafe sekeliling kek.
6. Susunkan lagi kek dan sapukan dengan adunan keju. Ayakkan serbuk nescafe lagi.
7. Sejukkan beberapa jam sebelum dihidangkan.

Wednesday, February 27, 2008

Hafiy's birthday is today!!!


Happy 4th birthday to you, my dear Hafiy! May you have more blissfull years to come ... aminn
If Ammar ada birthday partner, hafiy pon ada juga... and that person is ... me. Thanks for all the wishes.

Hafiy awal2 lagi dah request, kek birthday dia nak gambar ultraman. Nasib baik i ada beli 1 t-shirt gambar ultraman utk. dia, so x pikir pjg, mmg ingat nak tiru bulat2 je la dr baju dia. Anyway, this shirt is one of his favorite.

Fuhhh.. dap dup dap dup jugak dada masa nak wat ultraman nih. Takut woo x jadi, plus tak sampai hati nak tengok hafiy frust nnt kalo ultraman jadi keluang man plak. isk, isk, isk ...
Spongebob tu lain citer lah, asal dpt wat badan square, mata tersembul, gigi tersentil 2 btg, budak2 kenal dah.

Nak jadi cerita plak mr. jeam informed sales hbag dia wat kat rumah acik limah wantan. Ikut kata dia kul 8. I ni yo yo o jer, nak cepat & pilih punya pasal, bagi anak2 n laki i makan maggi asam laksa je for dinner. Tapi haziq excited jer dengar dpt mkn maggi. Ye lah, kat rumah ni, ni kira "jarang2" punya meal. So, lepas makan n solat, pukul 8 on the dot, i reached rumah cik limah. Just in time azmir tgh buka pagar nak masuk kereta. But then kena tunggu almost 1 hr baru mr jeam sampai dgn angkatannya (dah ku agak). Sblm tu cik limah dah wonder, si jeam angkut beg besar dia ke hapa, naik teksi bawa beg. Satisfied enough, i got the bag i wanted. I really, really like it! Cik limah wantan malam tu tido kira dah lewat sgt lah tu, walhal baru kul 10.

Sampai rumah, apa lagi... bersilat la kat dapur bila nak start tgk jam dah kul 11. Target kul 9 nak start. Kira dlm kul 12 dah selesai lah. Last2 pukul 3 pagi baru siap. Tu pon nak cepat siap punya pasal, dah x larat nak pikir2 pasal nak kasi icing licin, cover je la ngan chocolate rice. Nasib baik ada gak rupa ultraman, cuma versi i, ultraman gemuk, kuat makan cam haziq

Pagi tadi bila hafiy dah siap mandi sumer, tunjuk kat dia cake bday dia, dia senyum. Dah betul la tu muka ultraman. Tapi timbul plak 1 masalah lain, bila dia kata yg dia nak tu bukan ultraman tiga. Ayoyo... mana i tahu, ultraman ada byk rupa. Nasib baik dia makan pujuk. And alhamdulillah, tanya dia sambutan cake dia kat school, dia happy giler bercerita. Siap teacher camille dia suruh pergi hantar 2 keping utk haziq n his teacher. Hafiy kata lepas ni dia nak suruh i lukis gambar mickey mouse & dragon booster pulak. Sudahh... ingat kan dah lepas azab. 


Macam biasa, cake punya dlm ikut favorite kanak2 la, choc cake, resepi i dah tempek. Apa komen juri awam???

 

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...