Sunday, April 18, 2010

Marble Cheese Brownies

Buat brownies ni bulan lepas, selepas digoda oleh cik puan ribena kat TTU ayer keroh tu.



MARBLE CHEESE BROWNIES
Bahan-bahan Brownies : 250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.

Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20 min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

Friday, April 9, 2010

Ikhlas memberi, pasti mudah menerima ...

Itu lah yang bermain di fikiran kelmarin, semalam dan masih lagi hari ni. Cuba menghayati, biar lekat dihati. Hari ni pulak, jengah genta-rasa>> "Orang Ikhlas Tertindas", sungguh mengesankan apa yang cuba disampaikan oleh Ustaz Pahrol. Rasa amat berterima kasih dengan tulisannya. Nak tau lebih lanjut, sila layan diri disini http://genta-rasa.com/2010/04/09/orang-ikhlas-tertindas I petik sikit dr blognya:[i]"Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu." "takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!” [/i] [i]“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…” “Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?” “Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’“Pasti ada! Insya-Allah.”“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”[/i] Insya Allah, What u give, u get back.. percayalah kepada DIA yang Maha Esa! ** Jatuh cinta dgn SOLUSI :-D

Saturday, March 13, 2010

Sungkai Hotspring (Sungai Klah Hotspring Park)


Cuti sekolah ni belum berkesempatan nak bereksperimen dgn resepi2 baru. Last weekend balik kg hubby coz ada wedding. Jauh berjalan u...  KL - KT - KB. Kami ke KT terus sbb kenduri di pihak perempuan hari Jumaat di Manir. Then baru la balik KB utk wedding yg satu lagi, anak kpd sepupu hubby.

Ok, just nak share some pictures taken when we went to this place bulan Feb hari tu...  the last aktiviti yg kami dpt join dgn hubby's ex-colleagues. Located in Perak, the turn-off is just at Sungkai Toll exit on the North-South highway. Btw, si bulu mata lentik la yg paling excited sebab hari kami pegi tu birthday dia... tengok je la.. sket punya lebar dia senyum.

Sementara tunggu org lain sampai, the boys sibuk nak cuba memanah...


Puas panah memanah di tengah panas tu, kami teruskan dgn aktiviti berendam pulak. Walaupun musim panas, sakan kami berendam dlm kolam air panas ni, dah itu main attractionnya, nak wat cemana kan ...


Lepas tu layan budak 2 org ni yg nak cuba rebus telur lam kolam ni. Excited masing2 makan telor air panas ni dlm hujan renyai-renyai tu. Lapar kot lama berendam, lemak sume dah habis terbakar ;)


Pagi esoknya before balik we had telem-match for kids & dewasa.      


Thursday, August 6, 2009

Cookies N Cream Cheesecake



Dah lama teragak nak makan cheesecake. Hmm... lama betul i x buat. Masa browsing blog makcik kantin (cute kan, macam nama tukang masak ninja boy ), nampak cheesecake yg dia buat non-baked. Walla! Apa lagi, laju je la i buat. Memang worth trying & definitely a keeper Tak caya, sila la cuba ye.

COOKIES 'n' CREAM CHEESECAKE
(Source: Celebrity Chef's Cookbooks-Cheesecake Seduction)

Base
100 gm butter, diced
170 gm digestive biscuits, crushed
30 gm brown sugar
30 gm cocoa powder, sifted
50 gm cornflakes, crushed
40 gm almond flakes

- Heat butter in pan and add all the other ingredients.
- Fry till fragrant and press in 23 cm false bottom cake pan
- Cover cake pan & refrigerate for at least 30 minutes

Notes: In replacement to the dry ingredients, you can use leftover biscuits (samperit, almond, cornflakes etc), crushed and kept frozen.

Filling:
500 ml thickened cream (i used whipped cream)
80 gm icing sugar
2 tsp vanilla
1 1/2 Tbsp gelatine powder dissolved in 80 ml water
250 gm mascarpone cheese ( I use normal cream cheese)
100 gm Chocolate sandwich cookies, quartered

- Whisk thicken cream, icing sugar and vanilla until mixture thickens
- Pour gelatine, mix well and add mascarpone cheese.
- Stir in cookies using spatula.

Pour filling onto biscuit base. Cover and refrigerate, possibly overnight.

Sunday, August 2, 2009

Singgang Daging


Ni la menu kami hujung minggu baru-baru ni. Since haziq ada mentioned nak makan sup tulang (anak i nih, sama cam mummy... bhgn yg berdaging x suka sgt, suka sangaaaatt... part yg ada tulang) & i pun dah lama tak makan singgang, i pun buat la singgang daging, kurang sket kolestrol, kan
Resepinya so simple tapi sedap you! 

SINGGANG DAGING

1 kg Tulang
2-3 ulas bawang putih - dihiris
1 labu bawang besar - dihiris (boleh letak lebih, jika suka)
1 inci halia - ni pun pandai-pandai lah, sama je macam masak sup daging
1 - 11/2 inci lengkuas
Sedikit asam keping
Sedikit biji ketumbar
Sedikit lada hitam - ditumbuk kasar

Masuk semua bahan-bahan & masak hingga empuk. Sesuaikan rasa, rasa singgang ini seakan-akan sup yang diperah asam limau. Isyy... tak reti la nak cerita, nak tau... kena la buat ye  


Malamnya pulak, selongkar peti sejuk jumpa jagung yg dah lama beli tak ingat asalnya nak buat apa. Apa lagi ... kukus jagung, campur susu pekat manis & sikit susu cair ... walla dah siap, terus layan makan jagung manis depan tv.  

Teh 3 Layer / Three Layered Tea


Here comes my 3 layered tea. Dah lama tingin nak buat sendiri, asyik dok minum kat kedai jer. Siap pi tanya adik yg buat air kat food court Maju Junction tu, gula apa dia guna. Adik tu jawab "Mahal kak gula ni, import dr Sarawak. 1 liter RM40. Baik akak minum je kat sini."

As usual, naluri nak cuba buat sendiri tu membuak-buak. Lucky me bila my office mate Hasnor bagi nise ( I assumed it's a Kelantanese word for nisan) and dia ada bagi tau dia guna gula ni in making this drink. Excited la i mendengarnya kannn ... Memang sedap, tambahan ... nise yg dia bagi tu sedap sgt and ori.

TEH 3 LAYER
Resepi: ain sweetthots

Air teh yang pekat
Sirap gula melaka/nise
Susu cair
Ketulan ais

Mula-mula tuang sirap gula melaka 1/6 bhgn tinggi gelas. Masukkan ketulan ais dan tuang susu cair dlm 3/6 bhgn gelas tersebut. Akhir sekali tuang teh pekat. Siap. Kacau dulu sebelum minum.


Friday, April 17, 2009

Homemade Instant Pancake Mix with Strawberry Jam & Honey

There's one time, tengok Nigella Express kat channel 707. Tergoda ler pulak ngan mak cik ni punya pancake, infact setiap kali nengok nigella masak pon i tergoda ... macam mudah ya amat! Pulak tu dia mention about making your own Pancake Mix, apa lagi ... wa browse le internet cari resepinya. Bestlah boleh wat sendiri dah. Dan inilah hasil dr my homemade pancake mix. Cuma blueberry syrupnye je yg tak ku buat. Btw, ada sikit 'M' nak wat translation, so terima je la resepi yg tak dialih bahasa ni ye.


HOMEMADE INSTANT PANCAKE MIX
(Source: Nigella Lawson)

Ingredients
Pancake mix:
4 cups all-purpose flour
3 tablespoons baking powder
2 teaspoons baking soda
1 teaspoon salt
2 tablespoons plus 2 teaspoons sugar

Pancake batter:
1 egg
1 cup milk
1 tablespoon melted butter

For the pancake mix:
Mix the above ingredients together and store in a jar.

For the pancake batter:
For each 1 cup pancake mix, add 1 egg, 1 cup milk, and 1 tablespoon melted butter. Do not overmix.

Heat a flat griddle or pan over medium-high heat.
Spoon drops of 1 1/2 to 2 tablespoons of batter onto the hot griddle and when bubbles appear on the surface of the little pancakes, flip them over to make them golden brown on both sides. A minute or so a side should do it.

** Nigella served the pancake with homemade blueberry syrup, but i chose strawberry jam instead (actually mr 'M' dah bertenggek)

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...