Friday, July 9, 2010

Sambal Udang Malbari

Hirup sup uri untuk kekal cantik? Anda sanggup? I tak rela u, biar la muka kedut seribu pon xpe. Tajuk frontpage Metro hari ni. Eeeii ... geli geleman dengar. Punya la taksub nak kekal cantik, sanggup dorang2 ni ikut ajaran songsang. Yang makan uri bayi sendiri pon jugak. Tak masuk akal betul lah! Macam2 perangai manusia akhir zaman ni.


Ini menu berbuka Isnin baru2 ni. Baru sekarang nak update sebab 2-3 hari ni internet menyakitkan jiwa jer. Berbalik kpd lauk ni, sedaplah, I like! Tak sia-sia mencuba. Tambah2 I masukkan daun ketumbar, wangi & bertambah sedap sambalnya tu. Memang suka aroma daun ketumbar nih. En. hubby & anak2 pon suka. Puas hati betul berbuka hari tu. Terima kasih to Kak Ummi yg berkongsi resepi tapi I copy resepi ni dr blog Ayu. Thanks to u gak Ayu, for promoting. I x letak pon biji sawi coz xde stok.

SAMBAL UDANG MALBARI
Sumber: Kak B @ http://sinful4688.blogspot.com/

1 kg udang - dibuang kulit dan dibelah belakang dan bersihkan.
3 sudu teh rempah kari ikan
2 sudu teh biji sawi
2 biji bawang besar - dadu
2 senduk besar cili giling
1 sudu makan tomato puree
2 biji tomato - belah 4
daun kari
garam secukup rasa
gula secukup rasa
sedikit serbuk kunyit

Gaul udang dengan garam dan sedikit serbuk kunyit. Goreng udang sekejap dan angkat. Ketepikan. Panaskan minyak lain, tumis bawang besar bersama serbuk kari, biji sawi dan daun kari. Masukkan cili giling dan tumis hingga garing. Masukkan tomato puree, garam dan gula. Masak hingga naik minyak dan masukkan udang tadi. Gaul rata dan biarkan pekat sikit. Akhir sekali masukkan tomato, tutup api.


Wednesday, July 7, 2010

Mummy, ni bilnya ...


Nak cite sket pasal hafiy, my 2nd son. There's one day lepas lunch kat umah, dia punya la rajin meng'offer'kan dirinya nak tolong kemas meja. Siap nak cuci pinggan lagi tp yg ni I x bagi karang basah2 baju lantai sume makin bertambah kerja mummy dia ada la. Just let him kemaskan meja, letak pinggan dlm sink & lap meja tu. Tapi dia sempat gak la cuci cawan.Lepas dah siap sume tu, sekali dia tunjuk kertas kat atas tu daa... siap senyum simpul angkat2 kening lagi. Oooo... patut la rajin sgt. Rajin ada makna....  Ni gara2 nak kumpul duit beli bmw lah ni. Abang dia gelak tp dia dgn lagak coolnya senyum jerr sambil angkat kening lagi... My husband cakap kat dia, Dik, kalau takat cuci macam ni, bila la boleh nak beli bmwnya? Lepas tu, tiap kali dia offer nak tolong I tanya dia, nak kena bayar berapa ni dik? Hafiy, hafiy... mata duitan kamu. Entah bila masa la dia buat price list ni.

Tuesday, July 6, 2010

Dinner Hujung Minggu: Sotong Sos Tiram & Madu


Menu dinner hari ahad pulak ... masak yg sempoi je sebab letih berjalan siang hari cari ganti beg sekolah anak bujang yg sulung yg dah koyak. Awal tahun hari tu naik sekolah x beli beg kat dia sbb beg tahun lepas masih ok. Menu simple ni hasil ilham rasa I yg kadang2 buntu nak masak masakan yang simple tapi boleh pancing anak2 makan. Mmg hubby & anak2 punya all time fav. Nak2 menu sotong. Si abang tersenyum lebar je bila makan hari tu. Hubby yang asalnya xnak makan pon x tahan godaan cari nasi gak. Resepi seperti dibwh, tapi sukatan tu I agak2 je ok, sbb biasa masak lauk ni ikut suka je.

SOTONG SOS TIRAM & MADU

1/2kg sotong dibersihkan & dicelur sebentar, toskan airnya
3-4 ulas bawang putih - cincang
3 sudu makan sos tiram
1 sudu makan madu - boleh ganti dgn gula kalau xde tp kurangkan sedikit
1/3 cawan air
Sedikit jus lemon/limau nipis
Daun bawang - dihiris
1-2 tangkai cili kering - jika ingin pedas

Ambil 3/4 bhgn dr bwg putih yang dicincang, goreng hingga kekuningan dan ketepikan.
Campur bhn sos - sos tiram, madu & air.
Tumis baki bwg putih hingga wangi. Boleh masukkan cili kering jika ingin sedikit pedas. Masukkan sotong & goreng sebentar (I prefer sotong tu garing sedikit). Masuk bahan sos & sedikit je garam utk lebih umpphh sbb sos tiram dah masin masak hingga kuah nampak sedikit likat. Masukkan jus lemon & daun bwg yg dihiris dan masak lagi 1-2 minit. Semasa menghidang, taburkan bwg putih yg digoreng tadi. Yang ni xde stok daun bwg, togel je.

Monday, July 5, 2010

Ayam Goreng Mayonis


Ni menu Sabtu malam ... kes malas nak masak sbb hubby kenyang; xnak dinner. Maka teringat la nak cuba ayam ni. Resepi dari rumah Dayang Jack, thank you dayang. Sebenarnya tepung goreng ala kfc pon xdak tp malas nak gi kedai... so hantam je la bancuh tepung ala2 kfc... hihi... pastu masuk sebiji telur kat dalam adunan tu. Anak2 pon makan syok je siap cicah sos cili lagi ;)

AYAM GORENG MAYO
(Sumber: Dayang Jack)

10 ketul ayam
1/2 cawan tepung goreng serbaguna ala KFC (letak lebih pun ok)
sedikit air sejuk
1 sudu makan mayonis

Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perapkan sebentar selama 30 minit (simpan dlm fridge). Sediakan kuali dan minyak utk goreng terendam. Pastikan minyak sudah cukup panas. Gorenglah ayam hingga masak keemasan.

Thursday, July 1, 2010

Lasagna


My 3rd kitchen therapy that day, selepas membingka. Org melapis kuih, I melapis pasta! Antara benua menu I hari tu ... Sekali masa tgh2 buat ni, Haziq turun sbb dia sudah cium bau2an tumisan itu sos2 daaaa...
Nak rasa sket boleh... ? Masya Allah.. sedapnya! (dgn muka excited dia)
Utk breakfast abg esok ... (dlm hati "kalau dia mkn, kang ada yg follow... uishh... mau bertambah lomak2 kek badan ni)
Apa ni mummy? Lasagna... makanan Italy
Lasagna, mama mia !! (sambil senyum2) Wah... dah ckp Italy pulak dia..

Cair habis mummy dia bila anak sebut Masya Allah, sedapnya... ^_^ Alasan sebenar pilih nak buat lasagna ni sbb nak menghabiskan stok mushroom sup dlm tin, takut ternak kulat lak. Actually byk bahan yg kurang timbangannya, daging pon cuma ada 2 keping daging burger ramly ... malassss... nak pi beli. Cukup untuk 3 lapis je. Resepi I hentam je plus ikut sket dr pack lasagna San Remo tu. Maaf sangat2 ye... tgh malas nak menaip panjang2 ni, I snap je.

Bingka Jagung


Ok, ni my 2nd kitchen therapy selepas dpt tenaga minum punch kat bawah tu ^_^. Masih lagi mood membingka nampaknya sbb bahan2 tu sume mmg ada kat rumah, konon beli nak buat 2nd round puding jagung ... asyik la tak kesampaian. Ni bingka ni berjaya pun sbb Izah dah suntik mood ... hihi. Lagipun senang je ... masuk semua bahan, kacau, pastu bakar. Sedap bingka ni, cukup rasa lemak, manis sedang2 aje, lembut je terasa kat lidah. Tak de apa yg I tokok tambah cuma I terlebih layan perasaan kot aritu, dah tertuang 1 tin terus susu cair tu. Mmg dah cuak gak bila tgk bancuhan tu cair mcm batter kuih ketayap dah, tapi sbb yakin dgn resepi2 kak Hanieliza yg pernah dicuba... buat2 konfiden je lah. Tapi masa bakarnya dah jadi panjang sket la hari tu, lebih kurang 1 1/2 jam gak. Ni resepinya yg I copy dr blog Izah ye. Actually sampai kesudah x sedar lagi tau kuih tu terlebih susu. Bila dok salin balik resepi lepas tu baru perasan ... sabar je la. Nasib baik jadi, kalau x habuan cik tong la jawabnya ;) Ni resepinya yg I copy dr blog Izah ye.

KUIH BINGKA JAGUNG
Sumber: Chef Hanieliza

1 cawan susu cair
1 1/2 cawan air
2 biji telur ayam
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kastad
1 tin jagung krim dalam tin
3/4 cawan gula
3 s/b butter/majerin cair

1. Panaskan oven 180'C dan sapukan minyak loyang 8 inci X 8 inci atau loyang bulat 8 inci.
2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata.
3. Tuangkan bahan dalam loyang dan bakar selama 1 jam.


Orange-Lychee Punch


Sebenarnya nak post entry ni semalam, tapi bz yang tah apa2 tah... jadi x sempat. Takde plan nak buat air ni pon tengah2 minggu macam ni memandangkan malasnya nak singgah kedai mencari bahan2nya tu. Tau2 je la org pompuan kalau pi kedai, konon nak singgah kejap, tup2 habis gak la 1-2 jam. Al-kisahnya kita dok dapur tgh prepare sauces for lasagna bila cik abe masuk dapur tanya pasal masak macam2 ni (oven I tgh bakar bingka jagung masa tu).  Then I said, ooo ... ni my kitchen therapy session... i really need 1 right now. Tu yang lepas maghrib terus masuk dapur. Bila I nampak dia pegang botol orange juice dr fridge, baru perasan ada semua bhn2 punch yg hana tayang tu. Terus I ambik botol tu dr dia and cakap .. nak rasa air special tak? tunggu jap. Disebabkan tak salin pon resepinya hari tu, i main godak je la secukup rasa tekak I. Maka terhasil la air yg sungguh refreshing ni... mmg betul-betul punch lah! Thank you pada hana & ika yang memberi ilham utk minuman yg mmg ada ummpphhh ni ^_^.

ORANGE-LYCHEE PUNCH
Sumber: ika @ http://kurniaanmu.blogspot.com


200 ml 100% orange Juice
100 ml air soda
100 ml syrup lychee
Gula jika perlu>> kita tak masukkan
Beberapa ketul ais
Hirisan Oren
Laici yg yg dah di siat-siat
Daun pudina untuk hiasan

Isi kiub ais dalam gelas.

Shake campuran air soda, fresh oren dan juga syrup laici.
Tuang ke dalam gelas tadi. Hiaskan dengan hirisan oren@laici dan daun pudina.

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...