Monday, July 19, 2010

I'm not children, I'm a student


Hari tu masa tgh breakfast before going off to school, Hafiy sibuk la cari ubat sakit tekak nak makan kerana kononnya dia kata tekak dia sakit, abang pon sama jugak la. But I syak, it's something else... 2-3 days before that I ada bagi dia ubat sakit tekak yg macam gula Polo warna hijau tu & that's when he n abang found out ubat sakit ni best, not that bad coz rasa macam gula2.. Terus la lepas tu bebila sakit tekak je, sibok la nak makan ubat hisap tu kononnya it really help. So that day ...when Hafiy was about to take the one above, hubby said it's not suitable for children & it's for adult. Plus it taste different dr ubat yg sebelum ni, dorang mesti x suka nanti. Dia macam tak percaya je, terus belek kotak ubat tu & bagitahu abg dia ... Betul la bang ... dia cakap Keep out of reach of children. Abang pulak jawab... Abang not children dik, I'm a student ... kan mummy  Hahaha... x boleh tahan, i pandang my husband & terus terburai ketawa kami dan kami explain kat both of them pasal children & student...

Friday, July 16, 2010

Flourless Peanut Butter Cookies


Salam... aduhaii... 2-3 hari ni payah betul nak update blog, dgn internet yang slow & blogger yg macam kura-kura semput. Letih betul bila tunggu upload gambar last2 kuar error. Actually kooki ni I buat sekali dgn chiffon kat bawah tu, tapi tu la sempat update yg chiffon je hari tu. Tak larat dah nak melangut depan pc lama2 menunggu blogger yg lembab nih. Resepi ni dah lama dah simpan sebenarnya. Sana sini org dok test2 kooki utk raya..., I pon tak mo ketinggalan gak, hihi... maka teringat la resepi kooki versi malas nih. Lagi pun stok peanut butter ada dlm fridge lama tak berusik, sebelum dia expired baik la dibuat sesuatu utk elak pembaziran. Btw, kooki ni jenis soft cookies ye kawan2. Resepi kata bakar 8 minit, bila I rasa tak crunchy, masuk oven lagi, bakar dekat 20 mins, still soft. Maka sahih la ia xkan krup krap krup krap. My husband x suka this type of cookies, macam lemau je katanya. My friend yg suka biskut lemau cakap sedap. Nampak rupanya kurang menarik sbb I buat kosong je, plan nak letak choc chips dah terlupa. Untuk peminat2 peanut butter yg suka kuih lemau macam ni boleh la cuba ye. Cepat, sekejap je dah siap ^_^. 

Flourless Peanut Butter Cookies
Sumber: Allrecipes

1 cup peanut butter
1 cup castor sugar - I put 1/3 cup
1 egg

Campur semua bahan & gaul sebati. Alaskan baking tray dgn baking sheet/tracing paper. Letak satu sudu adunan atas baking tray. Buat sehingga habis. Bakar cookies pada suhu 175C selama 8 minit.

My suggestion:
Maybe next time nak try letak choc chips, nuts sikit & tambah emplex utk bagi dia crunchy.



Tuesday, July 13, 2010

Yogurt Chiffon Cake


Alhamdulillah... akhirnya tercapai cita2 nak makan kek chiffon homemade ^_^ malam tadi. Asalnya nak try resepi mamafami yg Maz promote kat blog dia or resepi cik mat gebu yg Izah dah cuba. Tapi, ternampak resepi yani yg lebih ringkas bahannya ni, maka I cuba buat yg ni dulu. Ye la... incase x menjadi, x la membazir nanti. Alhamdulillah menjadi... cuma hubby kata kurang manis but to me ok je. Mmm... mungkin kalau letak yogurt berperisa dah tak perlu tambah gula. Apa2 pun lembut, moist & spongy kek ni. Wangi je bau lemon. Colour nya pon sweet & menarik. I like! Definitely a keeper. Cuma next time buat nak kena double the recipe sbb loyang yg I ada besar. Maka kek yg I buat ni agak rendah la jadinya. Ok, ni resepi yang I copy dr blog Yani. Thanks Yani utk resepi yang mudah & sedap ni ;).


YOGURT CHIFFON CAKE
Sumber: Yani

4 biji telur
60g gula kastor
110g yogurt
20g jus lemon
2 sudu besar minyak masak
40g tepung gandum
40g tepung jagung ( corn starch)
1 sdk baking powder
Asingkan putih dan kuning telur.
Pukul telur putih dengan setengah daripada gula sehingga kembang/bertanduk.
Dalam mangkuk lain, campur telur kuning dengan separuh daripada gula tadi,minyak masak,jus lemon dan yogurt. Dengan menggunakan hand whisk kacau sehingga sebati.
Ayak tepung gandum, tepung jagung dan baking powder ke dalam no.3. Kacau sehingga sebati.
Masukkan no.4 ke dalam no.1 . Kacau dengan kaedah kaup balik.
Masukkan adunan ke dalam loyang chiffon. Bakar dalam suhu 170 degree selama 40 minit.
Setelah masak, keluarkan kek dari oven. Terbalikkan yang kek tadi. Biarkan sejuk.
Bila dah sejuk bolehlah dikeluarkan dari loyang.

Kek Marble Trio


Kek ni kita buat semalam sbb request dr adik yg nak bawa sebagai buah tangan ke rumah member2 ofis dia. Actually dia x kisah pon buat kek apa. Tapi since kita teringat kat kek Maz yg cantik berbelang2 tu, maka kita pon buat kek belang jugak lah. Colour combination pon tiru sebijik macam dia ;) Sekali buat 3 adunan terus... biasa la, bila buatkan org, diri sendiri teringin gak. Sedap & moist kek ni, bertambah2 moist on the 2nd day. Resepi famous Cik Mat Gebu, tapi kita copy dr Maz je.

KEK MARBLE TRIO
Sumber Resipi : CMG (Dapur Tanpa Sempadan)

280 g tepung gandum*
300 g mentega (guna unsalted butter lagi sedap)
1 camca besar susu tepung*
1 camca teh bakingg powder* (*digaul rata dan ayak)
5 biji telur gred A
1 camca besar ovallate
250g gula halus
30g gliserin*
20 ml air* (satukan) - I xde susu cair, ganti dgn susu kotak
1 1/2 camca teh coklat emulco
1 camca teh strawberry emulco - I ganti dgn pandan paste
1/2 camca teh ros essence - I ganti dgn pewarna merah


1.Lenser tin berukuran 8 x 8 x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas tadi dengan sedikit mentega. Ketepikan.

2.Putar mentega hingga pucat, pada speed sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan alihkan ke dalam mangkuk lain.

3.Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan kelima2 biji telur, dan putar pada kelajuan tinggi hingga telur kembang dan kental seperti adunan baulu (macam dalam gambar) - ada kat blog Cik Mat ye..

4.Perlahankan sedikit speed dan masukkan adunan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan masukkan bancuhan air + gliserin, gaul rata.

5.Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian + coklat emulco, 1 bahagian + strawberry emulco dan 1 bahagian + rose essence (yang ini biar plain). Tuang aduan secara berselang seli dalam tin tadi. Lorekkan dengan hujung pisau atau chopstik, pastikan hujung pisau/chopstik sampai ke dasar adunan.

6.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.
CATATAN MAT GEBU :- Kalau tak de gliserin, abaikan gliserin dan air, ganti dengan 50 ml susu cair atau whipping cream. Pasal perisa dan pewarna untuk marble tu boleh ikut citarasa masing2. Oven perlu dipanaskan 10 minit sebelum membakar kek.


Monday, July 12, 2010

Syoknya makan durian...



Hari Jumaat baru ni otw nak balik rumah hafiy called bagitahu kat rumah mak dah ada durian. Apa lagi, x jadi la I nak balik umah terus, instead melencong ke rumah mak I. Tak lama lepas tu makcik I anak beranak sampai. Maka sessi makan durian kami bermula la selepas maghrib ^_^. Alhamdulillah, rezeki hari jumaat.


Tukang kopek durian yg sambil tu merasa setiap satu ulas dr durian2 yg dikopeknya. Last2 x jadi nak makan pulut durian dgn santan gara2 dah kembang pipi kekenyangan makan durian masa mengopeknya.


Tempoyak in the making...


dan... pulut bersama kuah durian ... mmm... yummy!

Strawberry Chantilly


Dessert utk berbuka hari sabtu ;) Sedappp... cuma kes malas nak timbang & nak cepat, terlebih gelatin utk puri strawberry tu, kalau dpt yg goyang2 cam K. Ummi & Maz mmm... bertambah2 la sedap nya. Thanks K. Ummi... share resepi dessert yg ada kelasss nih! Lain kali boleh cuba dgn buah lain pulak. Resepi copy dr K.Ummi ye.

STRAWBERRY CHANTILLY
(Adaptasi dari Majalah SAJI dan diubahsuai caranya)

Bahan Lapisan A:-
100 gm puri strawberi (*akak kisar 10 biji strawberi)
20 gm gula kastor
10 gm serbuk gelatin
50 ml air panas

Bahan Lapisan B:-
100 gm gula kastor (*akak letak 80 gm jek)
2 biji kuning telor
200 gm krim putar (whipping cream)
7 gm gelatin (dibancuh dengan 3 sb. air panas, kacau larut dan ketepikan)

Bahan Lapisan C:-
200 gm buah strawberi (*akak letak 20 bj yg sedang2 saiznya) - dikisar dgn sedikit air saja, jadikan puri.


Lapisan A: -Tuangkan air panas dalam mug dan masukkan gelatin. Kacau hingga gelatin larut dan tidak berketul2.
Dalam mangkuk lain, kisar buah strawberi bersama gula dan jadikan puri. Ketepikan.
Tuangkan air panas dalam mug dan masukkan gelatin. Kacau hingga gelatin larut dan tidak berketul-ketul.
Terus tuangkan ke dalam buah strawberi tadi...kacau sebati.

Lapisan B:- Dalam mangkuk lain, putar gula dan kuning telor hingga sebati.
Kemudian masukkan whipping cream. Putar lagi.
Bancuh gelatin seperti cara di atas dan tuangkan ke dalam adunan tadi. Kacau sebati.
Sediakan mangkuk dessert yang sesuai dan tuangkan 1/4 cawan lapisan A.
Kemudian perlahan-lahan letakkan pula 1/4 cawan lapisan B.

Akhir sekali, letakkan 2 sudu besar bahan lapisan C.
Sejukkan di dalam fridge dan hidangan dengan hiasan potongan buah strawberi.


My note: Boleh letak sedikit esen vanila utk lapisan B utk mengurangkan bau telur

Friday, July 9, 2010

Jus Tembikai Soda


Ni pulak jus penghilang dahaga utk berbuka hari tu. Actually teringat kat Orange-Lychee punch tapi orange juice pon xde nak buat cemana. Yang ada buah tembikai jer. Saja cuba letak aiskrim soda nak bagi ada punch! Nasib baik sedap. Cara I, 1 bhgn aiskrim soda + 3 bhgn jus tembikai.

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...