Thursday, February 10, 2011

♥ Apam Keledek ♥


 Yeayy... tercapai hasrat nak makan apam ni akhirnya semalam. Lagi menu yg berasaskan keledek ye, di dapur saya ;) Kentut tu belakang kira lah... sedap ni weii... rugi sapa x cuba. Dok berkira-kira nak buat dari kat KB lagi .. ntah la apa yg dibz kan.. byk sgt program lepak melepak, cuci mata... borak kosong ^-^. Nasib baik la nekad nak buat juga, sbb dah beria2 usung keledek tu ke KL... dan... syukur alhamdulillah... x sia2 la mengapam lepas balik keje aritu. Sangat2 sedap i tell u, kaler oren asli apam tu pon cantik je kejadiannya, tapi dlm gambar, lain ler pulak kaler yg kluar... x percaya? Kena cuba la ye. Ni I letak banyak gambar apam nih, nak membuktikan kesedapannya. Will definitely do it again n again n again kalau ada keledek oren. Izah.. akak dah bagi feedback ni, pi amik keledek lam fridge tu, cepat bancuh.


Nak berterima kasih kat Mas yg bagi cadangan selongkar blog kak Ummi utk cari resepi berasaskan keledek ni. Thank you Mas, dgn respond mu yg sangat pantas! Dan yang paling penting thanks to K.Ummi & Madiha yang sudi berkongsi resepi apam yg sangat sedap tu.. Ha... berapa kali dah I sebut sedap ni. Bak kata seorang kawan kalau dapat makan yg sedap2 ... Saya Sukah!! hehe... Maka ... rajin2 kan lah diri buat sendiri ye kawan2 kalau nak rasa. K.Ummi... bagus sungguh letak search engine kat blog akak tu... kalau x berpeluh2 gak la nak cari. Maka dengan ini diisytiharkan keledek orenku dah habis... kempunan ler pulak nak try Kuih Bakar Keledek & Talam Lapis Keledek. Kena postpone dulu ni... sbb angin keledek masih ada lagi yang tak habis keluar ... ^_^
 

APAM KELEDEK
Sumber: K.Ummi & MadiHa

Bahan A:-
  • 3 sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu teh yis segera
  • 1 sudu teh gula kastor
  • 3 sudu makan air suam
Bahan B:-
  • 200 gm keledek (dikukus) (I guna keledek kaler oren tu, malas nak kukus... rebus ajer)
  • 180 gm gula kastor (I kurangkan 150 gm juga)
  • 1 biji telor
  • 150 ml santan pekat
Bahan C:- (ayak bersama)
  • 200 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh Double Action Baking Powder
Cara Membuat:-
  1. Campurkan bahan-bahan A dan kacau hingga sebati. Kemudian biarkan adunan selama 5 - 10 minit.
  2. Kemudian campurkan semua bahan-bahan B dan kisar halus. Tuangkan ke dalam mangkuk adunan.
  3. Masukkan bahan C ke dalam adunan B yang dikisar sedikit-demi sedikit dan kacau rata.
  4. Masukkan pula bahan-bahan A tadi dan kacau hingga sebati. Biarkan adunan sehingga 1 jam (I tutup mangkuk adunan).
  5. Panaskan kukusan dan bolehlah dituangkan adunan tadi ke dalam loyang besar atau acuan-acuan kecil yang telah disapu dengan sedikit minyak dan kukuslah hingga masak (I guna acuan kecil dan kukus selama 15 - 18 minit).
  6. Hidangkan bersama kelapa muda parut yang digaul dengan sedikit garam dan kukus kelapa sebentar agar kelapa tidak mudah basi. 

Sunday, February 6, 2011

♥ Pengat Keledek


Lagi menu yang berasaskan keledek ...  best memang best... tapi tang kentut tu yang ku tak tahan ... Haha.. ^-^

Friday, February 4, 2011

♥ Donut Keledek


Tak leh cakap banyak... just nak kongsi pasal donut ni.  Donut keledek yg surprisingly sangat sedap kat tekak saya ... w/pun x buh telur sbb kusangka ada telur dlm fridge, sekali checked, yilek pulak.  Ni pun sbb bukan kat rumah sendiri, malas nak cari penimbang, main agak2 ikut suka je la sukat bhn2 tu. Kalau x mesti lg sedap ni. Thanks to K.Nor yang mengilhamkan penggunaan keledek dalam resepi Donut Kentang Ros JintanManis ye. Thanks gak kat Ros, utk resepi asal tu. Suka sgt2 la. I xde stok susu tepung, jadi gantikan dgn susu kotak je sukatan air suam tu.


DONUT KELEDEK
ilham dari Ros Jintan Manis

·                     500 gram tepung gandum
·                     200 gram keledek yang telah direbus dan dilenyek
·                     4 sudu besar susu tepung 
·                     1 biji telur -  dipukul sedikit
·                     200 ml air suam -  k.nor lebihkan air sbb guna 1bj telur jer 
·                     3 sudu besar marjerin
·                     3 sudu besar gula
·                     3 sudu kecil yis - lain kali nak kurangkan sket

1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.

2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.

3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.

4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..

♥ Radix Fried Chicken @ Kubang Kerian


Kes terliur tengok FNO secubitgaram ler ni ... aritu google.. ada kat Kubang Kerian. Nak gi shah alam jauh la plak dr Ampang. Balik KB, kita pon ajak ler my larling JJCM ke sini. Boleh tahan rasanya. Kami tried both Herb & Spicy flavour. Pada I, Herb is better but a bit salty to my taste bud. 1 thing I like about their chicken, ia lebih fresh compared to KFC. Coleslaw & mashed potato nya mmg sedap. My kids pon suka sgt siap kata lebih sedap dr KFC.
 

Zig Zag Wedges ni sedap gak eventho sos atas tu bukan cheese... cuma thousand island & mayo jer.

Thursday, February 3, 2011

♥ Kedai Makan Kak Lah @ Pengkalan Kubor


Lokasi: bertentangan Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 1

Yippie... one of the food dlm our wish list dah dpt makan ^_^.  A MUST visit stall setiap kali kelik klate ...   Datang sini dah selalu. Baru ni sempat nak snap gambar. Buktinya >> Siap simpan no tel kakak ni lagi tau nak make sure kedai dia buka supaya x kehampaan ... ni kes ada bbrapa kali we all pegi, kedai dia tutup... frust wo.. ye la... from kb berlapar pepg around 9 ~ 9.30 dah gerak ke Tumpat semata2 nak makan kat kedai ni sekali tutup... memang leh putus arah tau.. Sejak tu ler minta no tepon kakak ni.

Gambar ni kejadian di hari isnin hari tu. Actually dulu kedai kakak ni elok jer pastu dia nak besarkan sbb ramai pelanggan. Tapi dah agak lama juga x siap2 ni... ;)  Actually... x banyak jenis makanan pon kat sini ... tapi tetap mampu buat hubby & I teringat2 selalu nak datang kedai Kak Lah ni. Apa menu istimewa kedai ni ye yg sampai kami teringat-ingat selalu tu eh? Walhal.. kedai pon.. dah berapa kurun x siap2.

Kalau takat yang ni...  Merata boleh jumpa yang sedap, kan.


Macamana pulak yang ni? Payah nak jumpa gulai ni weiii..



Kepala ikan merah... nyum nyum ... menurut kata my abang ipar, menu ni namanya Gulai Lemak Cili Api. Sekali tengok macam masak lemak cili api org negori yo... tapi kan.. cemana eh, serupa tapi x sama kot. Kita wat kat rumah style org negori campur klate... isk... kdg2 jadi, kdg2 tidak.. makan kat kedai gak yg sedap... Ni je masakan2 yg dijual kat kedai ni... tapi lakunya bukan main ... kalau lambat datang.. alamat kempunan la.


Bila gulai dah sampai depan mata... lupa dah kamera segala, lambat nnt i gigit tulang jer u sbb my kids pun mmg suka sgt gulai kak Lah ni, w/pun gulai ni agak pedas.. Lepas makan, apa lagi... shopping kat Pengkalan Kubor la. Oops.. ada sket persamaan dgn tag line kucing disitu, tingat pulak nak bagi pesan kat dia nih..
Wahai kucing... jika kamu membaca kisahku ini, jgn lupa ye.. kalau singgah ke pantai timur, sila masukkan kedai ni dlm list jjcm mu... okehhh! Highly recommended nih..

Tuesday, February 1, 2011

Ahaii.. cek mek molek ;)


Bersiaran dr bumi Cik Siti Wan Kembang ... Memang kena la tema ye kuih ni... baru je makan panas2 tadi.. mmg syiok la makan time cuaca sejuk hujan camni ... keledek ni pulak, elok je empuk ... molek bak kata warga klate ^_^. Actually my darling but but yang request nak makan cek mek ni ... bahan senang, laju je la.. dan2 tu gak buat.


Dok puah lagi ni... (err.. betul ke ambo kecek ni? hihi...) tadi buat sket je, berebut2 makan ... ingat kan malam2 x laku... licin weii... ye la buat sendiri, lembut gebus sbb tepung sket keledek lebih. No worries... stok keledek terlebih sudah... setambun lagi tu.... moga dimurahkan rezeki org yg memberi tu.. bagi sikit punya x hengat... 10kg kot ni. Kembung keledek ler kami lepas nih.


Apa nak buat lagi ni eh... yang terpikir skrg:

1. Donut keledek ... yess!! memang ku tunggu nk cuba nih.
2. Pengat/Bubur keledek campur sagu
3. Keledek goreng
4. Keledek masak airdgn pucuk manis
5. Keria ... x mo la, cek mek kat atas tu lebih kurang je rasa keria ... err... bingka keledek? ada ka kawan2? x penah dgr le pulak.

Idea please... apa lagi nak wat dgn keledek ni ye...

Dec 2010 memoir of Khairun's birthday celebration

Kenangan birthday my cousin ... Nur Khairunnisa yg ke 9 tahun @ masjid tanah, masa cuti Krismas .As usual ... kami mmg gomar bonar aktiviti bakar membakar ni.. mesra bergotong royong gitu.. main dishnya, dah tentu la nasi lemak cik senah yang sangat2 lemak itu.


Ni kisah keesokan harinya, geram tengok ini budak mandi woo.. I pun snap la pics nya ;)

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...