Friday, March 11, 2011

Ayam Goreng Ketumbar Jintan


Salah satu menu lunch for the kids & me ... sebab daging ayam yg ada dlm fridge ni semuanya part yg banyak isi, maka I goreng la style gini, sesuka hati je campur rempah ratusnya. Baru ler laju the kids makan. Kalau x, tergolek2 je la ayam tu ... pakat jeling2 jer, cam x lalu. Btw, I ni masih fail nak bezakan 2 jenis jintan tu, jadi ku panggil je besar/kecik or putih/hitam... huhu

Ayam Goreng Ketumbar Jintan

6 ketul daging ayam
1/2 sudu makan biji ketumbar *
 1/2 sudu makan jintan besar *
1/2 sudu makan jintan kecil *
2-3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
serbuk kunyit & garam

Ayam dibersihkan & ditos. Bahan2 bertanda diblend halus. Gaul bersama dgn ayam; bahan2 yg diblend, bawang putih, serbuk kunyit & garam. Perapkan sebentar sebelum digoreng.

** Note:
Sometimes ada halia muda, ain masukkan juga. Tak perlu letak bawang putih, jika x suka.


p/s Encik suami ternampak plak masa nak edit gambar2 ni ... dah la dia komplen x tinggalkan dia ayam goreng ni. Sorry la ye yang ... lenkali, I masakkan utk u ye ;)

Thursday, March 10, 2011

The French Macarons fever @ my kitchen


Percubaan pertama membuat macarons... ;) Boleh la kan... feet dia keluar tu ... hihi. Rupa kurang, dah la x sama saiz.. kalau  tengok Yani punya cun je & licin.  Rasa ok dah. Cuma... huhu... memang boleh kencing manis I kalau makan macaron hari2 ni. Memang sedap la rasa lemak-lemak almond tu, tapi manisnya... ya Allah, x sanggup la. Nak kurangkan manis, takut x menjadi. Nanti I try resepi Yani pulak. Memang tengah kemaruk nak buat macarons je rasanya ni.. 


Geram tengok kecomelan macarons ni ..  adorable!  walaupun ada yg x sama saiz, terpenyek la ... bertanduk la... haha. Tangan org jarang pegang piping bag, gitu la ;) Kalau ada yg nak mencuba, ni resepinya ya:

Shell Macarons

Bahan A:
90g almond powder
135g gula icing

Bahan B:
75g putih telur
50g gula castor

  1. Ayak almond powder. Gaul dengan gula aising.
  2. Pukul putih telur dengan gula kastor sehingga berbuih dan kembang/ bertanduk. (Bila terbalik mangkuk telur tu tak jatuh..kira oklah tu)
  3. Masukkan sikit demi sedikit bhn yg diayak td ke dalam telur putih. Kacau perlahan-lahan cukup sekadar bersatu.
  4. Masukkan adunan yg dah siap ni ke dalam piping bag. Picit ke atas dulang oven yg dah di alas dengan baking paper. (I lukis bentuk bulat besar sket dr duit 20sen banyak-banyak atas kertas tu, senang nak ikut)
  5. Biarkan permukaan macarons kering atau tak melekat ditangan sebelum dibakar. Lebih kurang 30-40 minit sebelum dibakar. (Bergantung pada cuaca juga.Kalau dah tak melekat kat jari tu dah ok la).
  6. Bakar dlm oven pd suhu 150 degree selama 12 minit. Sejukkan sebelum letak inti & boleh la disimpan dlm freezer atau chiller.
**Note:
Boleh juga simpan shell macarons ni tanpa inti dlm bekas bertutup & letak dlm freezer. Tahan lama disimpan begini. Bila nak makan baru keluarkan & dipicit inti ke dlmnya.

Tuesday, March 8, 2011

Dulce De Leche: the making ...


My Dulce in the making ...1 tin susu isian pekat manis/sweetened condense filled milk, x perlu tebuk ye. Rebus >< 3 jam dlm periuk. Berdebar-debar sebenarnya nak buat hari tu, takuttt ... tetiba meletop ke hapa tin tu. In between tu jenguk2 gak takut air kering. Masa ni tetiba rasa bergunanya ada pressure cooker kan Chik Mi ;) Hari ni I ternampak 1 lg cara nak prepare dulce, yg dikongsi oleh Liza. Sesuai la utk yg xde pressure cooker mcm I. Jimat masa, dlm sejam je kot dah siap. Cara-cara lain nak prepare dulce ni boleh lihat di blog Wendy.

By the way, macam ni ye cara nak pronounce, Dool-say De Leshay.

** Note
Pastikan beli susu yg betul ...kalau susu krimer tu feedback dr mereka yg dah mencuba >> bila dah masak, dulce nya cair dan tak pekat macam yg guna susu pekat manis ni...

Monday, March 7, 2011

Dulce De Leche Brownies


 Lalala ... here's my Dulce de Leche brownies ;) Buat hari Khamis aritu. I like! Nasihat I, kalau suka caramel ... masa membuat tu jangan kedekut letak dulce ni... nnt x puas makan, tercari2 jer mana si dulce ni nyorok. I pun kes kedekut gak ... hihi, malas nak buat lain, nak simpan utk Dulce Pound Cake nnt. Before buat brownies ni, pening kepala nak decide nak wat Brownies ke .. kek. Thanks to Ayu S'pore yg sudi layan pertanyaan I & helped me to make a decision. Alhamdulillah ... I'm satisfied ^_^

Slow sket lak sambutan brownies ni kat  rumah, maybe sebab off late asyik baking kek jer ... anak2 & hubby pun jemu makan. Yang depa dok layan si Dadih kat bawah nun. Ye la, cuaca pun walaupun ada hujan, tapi panas berbahang gak. Tu yang syok layan yg dingin-dingin kan.

Resepi I copy from blog Ayu.


Note dr. Ayu:
The sugar amount please adjust - as different individuals preferred different sweetness ya..For me ok maybe not for others..hehe so please adjust to your own discreation.


Dulce de Leche Brownies
Adapted from The Sweet Life in Paris (Broadway Books) David Lebovitz

 Ingredients:
8 tablespoons salted or unsalted butter, cut into pieces-(Ayu used 115g)
6 ounces semisweet chocolate, finely chopped-(Ayu used 180g)
1/4 cup unsweetened Dutch-process cocoa powder-(25g)
3 large eggs
1 cup sugar-(225g- Ayu used 90-100g)
1 teaspoon vanilla extract
1 cup  flour-(110g)
optional: 1 cup toasted pecans or walnuts, coarsely chopped-(Ayu didnt put this)
1 cup Dulce de Leche-(Ayu used 1 can dulce de leche)-or up to taste

Cooking Directions:
Preheat the oven to 350 degrees.(170c)
Line a 8-inch square baking dish with a sheet aluminum foil that covers the bottom  up over the sides. If it doesn’t reach all the way up and over all four sides, cross another sheet of foil over it, making a large cross with edges that overhang the sides. Spray the bottom and sides of the foil with cooking spray.
In a saucepan melt butter, add the semi-sweet chocolate, stirring constantly over very low heat until the chocolate is melted. Remove from heat and whisk(Ayu used electric hand mixer) in the cocoa powder until smooth. Add in eggs one at a time, then stir in the sugar, vanilla, then the flour and nuts if using.

 Pour half of the batter into baking dish.  Spoon one-third of the Dulce de Leche, over the brownie batter evenly in dollops, then drag a knife or spatula through and swirl. Pour the remaining brownie batter over, then spoon the remaining Dulce de Leche in dollops over the top of the brownie batter. Use a knife or spatula to swirl the Dulce de Leche creating a marbled effect.

 Bake for 35 to 45 minutes. The brownies center will be slightly firm when they are done. Remove from the oven and allow cool completely.

Sources:-From http://www.missinthekitchen.com


Yang ni yang I tapau bawa ke rumah my mum.

Saturday, March 5, 2011

Roti Goreng Rangup


Ramai yang dah buat pun kan resepi dr HaSue ni. Baru ni jer sempat nak cuba utk breakfast anak2 ke sekolah. Sib baik tuan tanah x sindir I, dlm kalut-kalut tu dan lagi nak klik klik ... hihi. Kita suka la roti ni ... before buat ingatkan dia akan serap minyak, alhamdulillah x. Mmg best makan panas-panas dgn secawan kopi. Rangup di luar, lembut di dalam. Yang buat special nya version I ni sbb intinya si Dulce de Leche yg tengah meletop2 tu..

Roti Goreng Rangup
HaSue@myresipi.com


Bahan-bahan:
* 8 keping roti
* Serikaya - Secukupnya
* 2 cawan Tepung gandum
* 2 1/2 cawan air
* 2 sm Marjerin
* 1 sudu kecil garam & gula (gula bkn nak bagi perasa tp nak bg kuih sdikit berkilat je)
* Sedikit pewarna kuning

1. Di dlm bekas,satukan tepung bersama marjerin,garam dan gula. Bancuh dgn air(guna whisk lg sng) warnakan kuning dan ketepikan.
2. Ambil 2 keping roti dan intikan dengan serikaya dan potong ikut citarasa..nak cantik buang kerak tepi pun boleh.
3. Panaskan minyak di dalam kuali utk menggoreng.
4. Celupkan roti td ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan. (Sy suka sedikit hangus,lg rangup!)
5. Tips: Roti yg dipotong pd saiz kecil lebih menarik perhatian si manja anda.. SELAMAT MENCUBA! :)

Nota biru:
Adunan yang sama boleh juga untuk menggoreng pisang,keledek,keladi,cempedak dan sebagainya yg memerlukan adunan tepung goreng..
 
 

Friday, March 4, 2011

Haziq's Doodles

Spiderman


Jersy


Kungfu Panda? tak rupa panda ponnn ...


Lagu Kuda



Maxis Broadband ;)



Prince Haziq punya crown ... hihi... nak jadi raja rupanya ^_^


He named this ... warna-warni ...


Thursday, March 3, 2011

Hafiy's Artwork ..

Dah lama nak letak hasil kerja seni hafiy (guna Paint) kat blog ni, esok2 dia dh pandai browse, kot dia jenguk ... mesti dia pon nak tergelak tgk his masterpiece ni ...

Yang ni tajuknya 65dg .. xtau la apa dia agaknya .. robot kot
 
Ni pulak Hafiy sharif ... pon xtau mana dtg asal usulnya. Mungkin abang dia yg save kan file ni. Dengki la tu, letak nama camtu tu. Terbeliak-beliak mata kartun ni, kening terangkat... mulut melopong .. rambut mana?



Tak de tajuk ... explore tools dlm Paint jer ..



Melukis sambil belajar bina ayat. Siap bagi hint nak ajak pergi pantai ... ;)

 
Planet Zuhal


Note dr hafiy ... oopss...pedasss ni... cam sindir kami je, kadang2 kalau berjln dr pagi sampai malam cam x ingat nak balik rumah ... huhu  


Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...