Monday, May 10, 2010

Kuih Lapis Pes Kacang Merah

Hari khamis baru ni masa intai-intai dapur MaDiHaA... aduiii... memang terliur betul tengok kuih lapis dia... kaler jer dah boleh dpt full marks... lepas tu yg lagi special nya salah satu layernya tu letak inti kacang merah... lagi la dup dap dup dap nak tau cemana rasanya. Dia pun komen kata sedapp... aduss memang sungguh saya tergoda..

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga merasa kuih ni semalam, buat sambil prepare lunch. Memang i failed dr segi rupa parasnya but taste wise, mmg marvellous u! Definitely i'm gonna make it again, hopefully dengan jayanya. Ye lah... seumur hidup ni la 1st time wat kuih lapis, jd x reti la nak mengagak masa mana nak letak lapis2 seterusnya. Jadi kuih i tu ada yg terlembik sket bawahnya... pastu bila potong dah macam kondo highland tower nak runtuh jer gamaknya .. tapi memang sangat-sangat sedap, kalah kek walnut tau! Haziq yg kurang gemar makan kuih muih ni pon boleh makan few slices. Kembang setaman hati i bila dia minta lagi. I musykil juga at first cemana dia boleh tersuka kuih ni... pikir punya pikir, i guess rasa kacang merah tu yg menggoda tekak dia sbb he likes pau n ice-cream potong kacang merah. Jadi, tak mustahil la nape dia suka. So, pada sesiapa yg nak cuba, sila jenguk resepi kat bawah ni ye.. i copy dr blog madiha, tapi resepi asalnya dr myR. Thanks to madiha for promoting ;)



KUIH LAPIS PES KACANG MERAH
Source : my resepi (copy from ayu http://curlybabesatisfaction.blogspot.com/)

Ingredients:-(27cm tray- I used 26cm)
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
200ml santan
sedikit garam
3/4 cawan gula-saya gunakan 1/2 cawan saja kerana pes kacang dah manis
400 gram pes kacang merah
pewarna merah dan kuning star brand
1 cawan air panas untuk larutkan gula
3 cawan air biasa

1. Larutkan gula dengan 1 cawan air panas.Masukkan santan dan 3 cawan air.
Masukkan tepung dan kacau hingga sebati.Tapis adunan untuk hilangkan bintil-bintil yang tidak larut.
2. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Pertama, warnakan dengan 1/4 sudu teh pewarna merah, yang kedua ditambahkan dengan pes kacang merah dan dikacau hingga sebati, dan yang ketiga warnakan dengan 1/4 sudu teh pewarna kuning.
3. Panaskan periuk pengukus & biar cukup panas. Sapu loyang dengan minyak masak supaya kuih tak melekat pada loyang nanti. Masukkan setengah daripada adunan warna merah ke dalam loyang dan kukus selama 5 minit.
4. Buka penutup pengukus dan lap wap air pada penutupnya. Masukkan setengah daripada adunan yang dicampur pes kacang merah. Kukus 5 minit.Buka penutup pengukus dan lap wap air pada penutupnya.
5. Masukkan setengah daripada adunan warna kuning. Kukus 5 minit.Ulang langkah di atas untuk lapisan pes kacang merah, kuning dan akhir sekali merah.Setelah selesai semua lapisan, kukuskan lagi selama 30 minit.
6. Tunggu hingga BETUL2 SEJUK barulah dipotong.

2 comments:

  1. Salam Ain,
    Baru meriah blog u. Hari tu dah jenguk tp still under construction..:-). Bubuh la chat box. Boleh chatting..

    ReplyDelete
  2. Thanks dear ;) haha... mood baru marii sbb skrg dh pandai, aritu malas lg nk godek2 function kat blog ni, skrg workload kurang sket.. sempat ler nk hias2 rumah i ni.
    Chat box tu, nnt ye...

    ReplyDelete

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...