Friday, June 25, 2010

Doa menyapu dahi selepas solat

Memang biasa kita buatkan selepas solat selesai tahiyat akhir bagi salam & terus sapu dahi. Tapi tak pernah pon saya tahu mahupun bertanya kpd yg lebih arif apa tujuannya. Pagi ni sementara tunggu laptop on kat office selak Solusi Isu #20 (Belajar Daripada Alam), ternampak la ada doa rupanya seiring perbuatan kita tu.


Maksudnya: "Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ya Allah ya Tuhanku, hapuskanlah daripadaku perasaan susah dan dukacita."

Kaifiat & Khasiat
Daripada Anas r.a katanya: "Apabila Rasulullah s.a.w selesai solat, Baginda menyapu dahi dengan tangan kanan sambil melafazkan doa tersebut." (Majma' al-Zawaid wa Manba' al-Fawa'id, 16971)

No comments:

Post a Comment

Soba Goreng ... menu simple yang sedap

Breakfast or dinner  .. haa lupa sudah ... hehe on one of the days. Anak I kan tekak international and Japanese food mmg his favourite la...