Wednesday, July 21, 2010

Pandan Chiffon Cake


Demam chiffon ai x kebah lagi ni ^_^ sejak tahu menchiffon ni x susah mana & hasilnya pon berbaloi2.. Ni kek yang dibuat weekend baru ni. Dah habis pon & rasa nak buat lagi, lagi & lagi ;) Kali ni I cuba resepi Cik Mat yang dah dipromote oleh Izah aritu. Cuma kali ni tekstur kek I ni dah x sesuai dipanggil chiffon kot sbb x bersarang2 sgt macam hari tu gara-gara tambah yogurt dlm 2 sudu makan (ni kes nak menghabiskan baki yogurt buat kek chiffon yani aritu) Tapi dari segi rasanya... maintain sedap, well actually sangat sedap, moist, lembut & gebu. Colour kek sket punya terang hijaunya sbb bubuh 1 sudu besar pandan paste, hihi. Ok ni resepi yang I copy dr rumah Cik Mat ye, resepi asal Blueberry Chiffon Cake. Thanks to penyumbang resepi.

BLUEBERRY CHIFFON CAKE
Sumber: Cik Mat (Dapur Tanpa Sempadan)

BAHAN A :-)
4 kuning telur
70 ml susu cair
70 ml minyak jagung (kalau tak de, boleh guna minyak masak)
45 ml air
100 g gula halus
1 camca besar bluberry paste
2 camca besar blueberry filling
150 g tepung halus (mat guna tepung gandum je)*
1 camca teh baking powder*
Secubit garam halus *(*disatukan, gaul rata dan ayak)

BAHAN B :-)
4 putih telur
90 g gula halus
Secubit cream of tartar

 
CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan oven pada suhu 175C. Siapkan tin chiffon berukuran 23cm...JANGAN...lenser dengan apa2, biar macam tu saja. Dalam satu belas, campur semua bahan2 "A" dan kacau dengan whisk hingga semua sebati dan mesra. Ketepikan.

Dalam mangkuk adunan yang bersih dan kering. Masukkan putih telur, putar pada kelajuan sederhana hingga berbuih, masukkan gula halus dan cream of tartar, putar pada kelajuan tinggi hingga menjadi "meringue" seperti gambar no 2.

Kemudian masukkan "meringue" tadi ke dalam adunan no 1 dan gaul rata menggunakan kaedah kaup balik. Tuang dalam tin chiffon tadi. Bakar 40 - 45 minit hingga permukaan kek nampak kuning keemasan, kering dan kek sedikit mengecut di bahagian tepi2nya.

Keluarkan dari oven dan dengan berhati2, terlungkupkan tin tadi dalam posisi terbalik (seperti dalam gambar). Biar kek sejuk sepenuhnya dalam keadaan macam tu. Kemudian sisip tepi kek dengan pisau kecil dan tarik keluar. Sisip juga bahagian bawahnya supaya mudah tanggal. Boleh lah hidangkan......Selamat mencuba...

CATATAN MAT GEBU :- Kalau letak gris pada tin kek, nanti kek tu tak boleh nak "hold" dan mudah jatuh balik. Lagi satu kalau nak buat kek chiffon pandan, ganti susu cair tu dengan santan dan blueberry paste tu pulak dengan pandan paste....blueberyy filling tu tak payah lah letak yeaa...Proses yang lain semua sama seperti di atas, lagi satu..resipi ni mat guna telur gred "B"
 

3 comments:

  1. kak ain..ok je tuh kek nya..puhhh sedap nih..cipon umah saya dah abis..nak amakn kat sini lak la..tapi dah habis juga la pulak..ngehehee

    ReplyDelete
  2. wahhh ijo tuh.. ok dah tu, tekstur halus jer. moist kan bila letak yogurt..ain pun dh join club antu cipon ek. hihi

    ReplyDelete
  3. izah - ok eh? oraittt! akak punya pon dh habis ari isnin lg. Smlm hubby ty mana akak sorang kek ijau ni... sedap la kt tekak dia tu haha... ada dia kata akak sorok. pada hal balik keje mendesup je aritu teringatkan kek cipon 2 ketul, takut dia sambar dulu.

    K.Nor - mmg ijo sungguh... ijo zombi kg pisang ;) betul kak, moist jdnya... confident je ltk yogurt aritu sbb tingat resepi yani. sesungguhnya mmg betul akak ckp... sy dh masuk club antu cipon. Ni pon rasa gatal nk mencipon lg nih.

    ReplyDelete

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...