Tuesday, August 3, 2010

Tumis Tempe


Satu lagi menu berbuka last week. Antara menu tempe favourite I yang paling simple, resepi nenekku Cik Besah. Sepatutnya berkuah sket je tapi yg ni kes nak cepat, dah terlupa terus kering kontang jadinya.

TUMIS TEMPE

4 keping tempe - potong dadu kecil
sejemput ikan bilis
1 batang cili merah
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 cawan air
Garam

Tumbuk cili, bwg merah, bwg putih & ikan bilis. Tak perlu sehingga lumat. Tumiskan bahan2 tumbuk tadi hingga wangi, masukkan sedikit garam. Masuk tempe & tuang air. Kacau tempe sekali sekala utk memastikan rasanya sebati. Masak hingga airnya agak kering/berkuah sedikit sahaja.

No comments:

Post a Comment

Soba Goreng ... menu simple yang sedap

Breakfast or dinner  .. haa lupa sudah ... hehe on one of the days. Anak I kan tekak international and Japanese food mmg his favourite la...