Mee Kering Goreng Tom Yam

Menu yang berjaya memikat my kids untuk breakfast ^_^. Lebar senyum kalau gorengkan mee yang ala-ala maggi mee nih. Dah a few times gak buat ni. Izah, ni dia resepinya yang akak janji tu ... dapat dr majalah Rasa. Suka sangat resepi macam ni sbb simple jer, pantas & mudah ... xyah nak tumbuk2/blend bawang segala, cukup sekadar dimayang jer. Dan yang penting kat rumah tu ada kiub/pes tomyam ... Sesuai sangat di waktu express buat ibu2 yang bekerja mcm saya ;).

Mee Kering Goreng Tom Yam
(Sumber: Rasa Feb '10)

200g mee kering/mi segera ~ dicelur/direndam sebentar
50g udang kecil
5 - 6 biji fishball (I tambah)
3 biji bawang merah ~ dimayang
2 ulas bawang putih ~ dimayang
1 kiub perencah tomyam (I prefer guna pes)
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan kicap pekat
Garam & gula secukup rasa

1. Panaskan sedikit minyak & tumis bawang merah & bawang putih hingga kekuningan.
2. Masukkan kiub/pes tomyam, udang, sos cili, sos tomato dan sedikit kicap. Kacau rata.
3. Perasakan dgn garam & gula secukupnya.
4. Masukkan mi & gaul rata. Angkat & tabur bawang goreng di atasnya.

Jemput makan ;)

Ni dia rupa mee kering yang belum digoreng tu, produk buatan muslim, dijamin halal & suci. Insya Allah. First time cuba, alhamdulillah sedap. Ternampak di ruang legar tingkat bawah masjid shah alam, masa berhenti solat maghrib kat sana.

Comments

  1. ish..nk cube jugak ni..klu buat ngn mee kuning pun ok kot ? tunggu resepi kuar..hihi

    ReplyDelete
  2. izah.. dah letak resepi.. boleh la cuba. Ok je, guna mee kuning pon ;)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

TAJWID: Cara Bacaan Hamzah Wasal dipermulaan ayat

Sotong Goreng Kunyit (versi kering)

Tteokbokki