Biskut Bijan


Semerbak harum si bangkit bijan, kuih warisan zaman berzaman ;) Antara biskut paling top yg sering diorder pelanggan-pelanggan makcikku.

BISKUT BIJAN
(Sumber: Mak Ngah Che Empah)

1 biji telur (merah sahaja)
1 cawan mentega
1 cawan gula halus
1 cawan tepung gandum
3 cawan tepung sagu/tepung ubi
1 cawan bijan ~ digoreng
sedikit vanila dan baking powder


Krimkan butter dan gula. Apabila dah kembang, masukkan merah telur dan pukul sebati. Masukkan esen vanila. Akhir sekali masukkan tepung2 yg dah diayak bersama tadi beserta dgn bijan. Tepung tadi x perlu dimasukkan kesemua sekali, cukup sekadar adunan dapat dibentuk dah mudah untuk diterap. Terapkan dan bakar sehingga masak.





Comments

Popular posts from this blog

TAJWID: Cara Bacaan Hamzah Wasal dipermulaan ayat

Sotong Goreng Kunyit (versi kering)

Tteokbokki