Biskut Suji



Biskut Suji a.k.a Biskut Arab ni satu kemestian kami buat tiap kali menjelang raya sebab membuatnya mudah, bahan-bahannya pon x banyak. Tambahan lagi budak-budak memang suka rasanya yg lemak manis bersusu tu. Baru kali ni teringat nak snap gambar and share resepinya kat sini.

BISKUT SUJI
Resepi: Ain@my-sweetthots.blogspot.com

1kg tepung gandum -ayak
450g gula kastor
1 tin sedang minyak sapi


Gaul sebati tepung dengan gula. Masukkan 3/4 tin minyak sapi ke dalamnya dan gaul lagi. Baki 1/4 tin minyak sapi dipanaskan atas dapur sehingga cair. Tuangkan sedikit-sedikit minyak sapi cair ni sambil doh digaul sebati, tak perlu dituang habis, cukup sekadar sehingga doh boleh diuli/digentel. Ambil sedikit doh dan gentelkan bulat seperti guli. Buat sehingga selesai. Bakar pada suhu 180C sehingga masak (tapak kuih berwarna perang)

** Untuk mendapat biskut yang colourful seperti di atas, doh boleh diwarnakan dahulu sebelum digentel.


Comments

  1. Ain cantiknya biskuit suji tu kalerful lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha ... chik mi, cheq suka kaler putih lagi, sesuci lebaran gitu. Ni adik la sibuk nak gentel kaler-kaler.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

TAJWID: Cara Bacaan Hamzah Wasal dipermulaan ayat

Sotong Goreng Kunyit (versi kering)

Tteokbokki