Friday, December 27, 2013

Spaghetti Marinara


Salam Jumaat yang barakah. Jom sama-sama kita baca surah Al-Kahfi. Ni menu dinner 2-3 hari lepas. Nak habiskan saki baki udang & 3 ekor baby lobster yg xberusik-usik dr hari tu. Laku lah pulak dikerjakan my double H bila sekali-sekala buat marinara ni. Kalau bolognese, mmg sekarang ni depa dah xberapa nak pandang, jemu dah kot.

SPAGHETTI MARINARA
Resepi: ain@my-sweetthots.blogspot.com

1 peket spaghetti – direbus dalam air garam, gaulkan sesudu olive oil dan toskan

Bahan-bahan untuk Sos:
200gm udang hidup, di bersihkan. Buangkan kulit nya biarkan sedikit bahagian ekor nya.
2 ekor sotong segar atau seafood lain, dibersihkan dan di hiris bulat2
1/2 labu bawang besar dipotong dadu kecil
2 ulas bawang putih dicincang halus
Segenggam tomato cherry/2-3 biji tomato - crushed or blend kasar
2-3 sudu tomato puree
1 btg celery - potong halus
1 btg carrot - buang kulit, potong kecil
Salt & pepper
Secubit serbuk oregano
1 dried bay leaves
Sedikit air atau stok udang jika ada
Sedikit parsley untuk hiasan - dipotong halus
Minyak zaitun untuk menumis
Shredded parmesan/cheddar untuk ditabur atas spaghetti jika suka

Panaskan periok letakkan minyak zaitun, masuk bawang besar, bila ia mula layu, masuk bawang putih goreng hingga naik bau. Masukkan celery, carrots dan 1/2 sudu teh garam dan pepper. Saute hingga sayur-sayuran lembut, about 10 minutes. Masukkan tomato dan bay leaves dan sedikit air/stok udang. Biarkan merenih sekejap sebelum dimasukkan udang & seafood lain. Tutupkan periuk sebentar semasa merenih. Lebih kurang 5 minit, buka tudung periuk, buangkan bay leaves. Perasakan dengan garam dan sedikit lada hitam secukup rasa. Masak sebentar & bolehlah tutup api. 

**Note: Untuk marinara ni, kalau nak makan terus, I suka gaulkan terus dengan sos semua sekali dlm kuali sebelum hidang. Senang.


Oh ye, semalam ber'gather-gather' dgn member time Uni dulu. Alhamdulillah we had fun, walau pun sekejap, seronok dpt catch up dgn dorang. Dah lama betul xjumpa, ada yang dah mengembang ... ada gak yg maintain jer ... hehe

2 comments:

  1. salam rindu ain..pekabo? moga sihat selalu ye..waduh spag marinara ni pun feveret akak nih..cuma x pernah lg homemade..sokmo mamam kt kedai jek..huhu!

    ReplyDelete

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...