Monday, March 17, 2014

Kaswi


MH370 incident - It's day 10 now ...sigh ... but let's continue to make doas for them #PrayforMH370.

Hari tu masa oven rosak tengah baiki, tangan ni gatal je la nak buat kuih. Bila masuk blog yatiememories nampak dia post gambar kaswi memang terasa-rasa dah kat tekak. Apa lagi, keluarkan kukusan lah terus buat. Resepi Kak Fida myresepi ni memang best, macam yatie kata sedap dan elok kenyal. 2 hari berturut-turut dok ulang buat tau. Haha ... teruk betul dok makan je kerja kita ni. Next time harus cuba pulak resepi Kaswi Nyonya Kak Fida ni.


KASWI
Resepi: Fida myresepi

Bahan-bahan ( loyang 10x10 inc ):
280 gm tepung gandum
80 gm tepung kanji / tpng ubi
40 gm tepung hoen kwee
780 ml air
2 sudu kecil air kapur
sedikit warna coklat-jika perlu Bahan perlu di masak

300 gm gula melaka/ gula merah*
125 gm gula pasir* Note to self: boleh kurangkan sikit lagi gula next time
500 ml air*
1/2 sk garam*
3 helai daun pandan* - disimpul


Campur ketiga-tiga jenis tepung, 780ml air dan air kapur, kacau dan ketepikan.
Masak gula melaka/gula merah, gula pasir, garam dan daun pandan dengan 500ml air hingga mendidih dan gula larut.
Tapis air gula yang masih panas ke dalam campuran tepung dan kacau rata. Masukkan secukup pewarna coklat, kacau rata dan tapis lagi adunan.
Tuang adunan ke dalam loyang/acuan yang disapu minyak dan dipanaskan dulu. Kukus selama 45 min sekiranya guna loyang dan kukus 20 minit sekiranya guna acuan kecil.
Biar kuih benar2 sejuk dan boleh dipotong dan sajikan dengan kelapa parut kukus.

No comments:

Post a Comment

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...