Wednesday, April 30, 2014

Ayam Panggang Blackpepper Bermayonis


Kalau tercari-cari resepi ayam panggang, sila la intai-intai dapurmamasya. Ada pelbagai resepi ayam panggang yg dah dicuba oleh mama ni, sampai xtau mana satu nak pilih. 2 minggu lepas, dah terlanjur meroti I buat la ayam panggang ni untuk dinner. So pagi-pagi lagi dah perap ayam & simpan dalam fridge.  Belah petang sementara tunggu roti proofing, I pun bakar ayam dulu. Timing just nice, ayam tu masak around maghrib sempat anakanda dinner before gi tuisyen.

Resepi ayam panggang kali ni memang dapat pujian melambung dari anak-anak & hubby yang kebetulan kerja kat KL hari tu (tu sebab ler I is terlebih rajin sgt memasak hari tu, kan ... hehe..) I pun setuju sangat this recipe memang best. Tambah sedap makan cicah dengan gravy yg sgt sedap I buat hari tu ... hahaha, syok sendiri kan. But seriously, gravy kali ni memang terbaik and was a perfect match for the ayam.

I served ayam tu dengan roasted potato yg dibakar sekali dgn ayam (gaul dgn serbuk ketumbar & both jintan then drizzle dgn olives oil) dan some tomato cherry.


AYAM BAKAR BLACKPEPPER BERMAYONIS
Sumber:  Dapurmamasya 

Resepi asal: Rosjintan

1/2 ekor ayam ( bersihkan dan cucuk dengan garpu)
1 sudu kecil black pepper - ain tambah black pepper sauce 1 sudu
2 cm halia ( agak-agak je)
2 biji bawang putih
1/4 biji bawang besar
1 sudu besar madu
1 sudu besar gula
1 sudu kecil kicap manis
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar mayonis
sedikit lada sulah

1. Blend bawang besar, halia, bawang putih dengan sedikit air sehingga hancur, kemudian curah di dalam bekas dan campur gula, lada sulah, garam, madu dan lada hitam.
2. masukkan ayam dan akhir sekali letakkan mayonis, gaul sebati dan perap di dalam peti ais selama 2 atau 3 jam, bakar pada suhu 190 darjah selama 40 minit, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba. ( kalau perap lagi lama lagi sedap ayam bakar ni, dan bakar biar perang sikit permukaan ayam tu)


CREAMY BLACKPEPPER GRAVY
Resepi: ain@my-sweetthots.blogspot.com

1/2 cup culinary whipping cream
Lebihan sos perapan ayam di atas
Lebihan jus yg keluar semasa ayam dibakar & yg melekat di atas dulang pembakar
Beberapa sudu sos black pepper

Campur kesemua bahan & masak sebentar atas api. Sesuai kan rasanya & tambah sedikit garam jika perlu. Hidangkan dengan ayam panggang di atas.

Tip masak ayam bakar dari Dapurmamasya:
1. Jgn potong ayam kecil2 sbb ayam nanti agak kering dan tak lembut, seeloknya seekor ayam potong empat atau guna chicken leg.Nak hidang barulah dipotong
2. Utk bagi ayam kilat elok, sapukan butter atau minyak zaiton semasa membakar
3. Perap ayam sekurang2nya 1-2 jam atau nak lagi sedap 1 mlm.
4.Sekiranya rempah perapan ayam ada lebih....sapukan kpd ayam semasa membakar.
5.Kalau bgh isi ayam dah tertanggal dr kulit itu maknanya ayam dah sgt masak...seelok2nya jgn sampai isi ayam tertanggal dr tulang.
6. Bila ayam dah masak, keluarkan segera dari oven utk mengelakkan ayam kering
 

No comments:

Post a Comment

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...