Tuesday, April 15, 2014

Caramel Cheesecake


Dah lama nak share citer ciskek yg sangat sangat sedap ni. Senang citer it's a simple cheesecake with a very wonderful taste. Masa menulis ni pon rasa dok telan air liur je teringatkan kesedapannya tu ... a taste that lingers on gitu ... haha macam tu la bila makan sesuatu yg cukup memuaskan hati, rasanya tu mmg melekat-lekat, teringat-ingat ... isyy rasa nak gi buat je sebiji ;) Memang sangat puas hati memilih kek ni as birthday cake hubby masa February hari tu sebab dia pun sangat suka, kejap-kejap masuk dapur buka peti sejuk cari kek. Benda-benda yg berkaramel ni mmg his favourite.


I double the recipe below supaya dapat kek yg besar sikit & boleh bagi adik, mak & family my aunty rasa. Semua pun kata sedap. Memang manis sikit coz ada caramel, kan ... kira dimaafkan lah ye kandungan gula untuk kek ni. Kalau x, xmenarik nnt.

 
CARAMEL CHEESECAKE
Resepi: Yani MYR
Bahan-bahan ( 18cm ) 

Krim:
250g cream cheese - suhu bilik
3 biji telur
1cwn(200ml) sour cream
1cwn(200ml) fresh cream
120g gula
2 sudu besar corn starch
beberapa titik vanila esen
Lapisan bawah
100g biskut marie/ graham cracker
50g butter(cairkan)

Caramel:
1/4 cwn(50ml) fresh milk
80g gula
Masukkan biskut ke dalam beg plastik. Ketuk-ketuk dengan kayu pencanai sehingga hancur. Masukkan butter dan ramas sehingga jadi berketul
Masukkan biskut ke dalam loyang. Tekan padat-padat biskut tadi.
Sediakan karamel. Masakkan gula dengan 1 sudu besar air sehigga perang. Padamkan api. Kemudian masukkan fresh milk. Ketepikan
Pukul cream cheese sehingga jadi bentuk krim. Masukkan gula -> esen vanila -> sour cream -> telur -> corn starch -> fresh cream ikut turutan sambil dipukul. Pukul sehigga jadi bentuk krim.


Tuangkan krim ke dalam loyang. Letakkan karamel di atas cream tadi.
Bakar selama 30 minit pada suhu 200C dan turunkan suhu kepada 160C. Bakar lagi selama 30 minit. untuk mengelakkan hangus pada permukaan bolehlah letak aluminium foil selepas 30 minit pertama. Bakar secara double-boiler dgn meletakkan air suam di dalam dulang. 



No comments:

Post a Comment

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...