Wednesday, March 30, 2016

Brownies Cik Enon


Resepi brownies yg I minta dari girlfriend my friend Azhari suatu masa dulu (now dah jd wife .. Dr Shahida yg pernah masuk masterchef Season 2) Actually Azhari brought the brownies to office & shared it with Zatur & I. I then requested for the recipes after knowing that it was made by his girlfriend Cik Enon (nama manja Azhari bg ler ni). A wonderful recipe, memang memikat.

BROWNIES CIK ENON
 
115g mentega (unsalted – kalau salted tak perlu tambah garam)
200g gula halus
2 biji telur (besar)
1 sudu teh vanilla esen
30g serbuk koko
60g tepung gandum
¼ sudu teh garam
¼ sudu teh baking powder
½ – 1 cawan penuh chocolate chips (campur plain choc chips + white choc chips mengikut citarasa)

1. Panaskan mentega sehingga cair dalam periuk atau microwave.
2. Tuangkan gula ke dalam satu mangkuk besar. Curahkan mentega yang telah cair tadi ke dalam bekas yang mengandungi gula tersebut dan kacau sehingga sebati.
3. Dalam satu mangkuk kecil yang berasingan, pecahkan telur dan gaulkan bersama vanilla esen. Kemudian tuangkan ke dalam bekas yang mengandungi mentega dan gula tadi.
4. Panaskan ketuhar pada suhu 175 darjah celcius.
5. Ayak tepung bersama serbuk koko dan serbuk penaik ke dalam satu mangkuk berasingan. Setelah selesai, tuangkan campuran ke dalam mangkuk besar yang mengandungi bahan-bahan lain. Gaulkan sehingga sebati dan menjadi adunan yang pekat.
6. Tuangkan chocolate chips ke dalam adunan dan gaul sehingga bercampur mesra.
7. Masukkan loyang berukuran 8 x 8 inci yang telah di alaskan dgn kertas minyak/mahjong dan disapu dgn minyak atau mentega ke dalam ketuhar selama satu ke 2 minit.
8. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 20 minit. Sekiranya tidak menggunakan loyang berukuran 8 x 8 inci, uji sama ada adunan telah masak atau tidak *
9. Keluarkan loyang daripada ketuhar dan biarkan sejuk sebentar.
10. Apabila sudah tidak begitu panas, masukkan ke dalam peti sejuk beku selama 45 minit hingga sejam.
11. Keluarkan daripada peti sejuk beku dan keluarkan brownies yang telah masak daripada loyang. Buangkan kertas pada bawah brownies dan potong mengikut citarasa masing-masing.

*Buka ketuhar dan tarik loyang keluar sedikit. Cucukkan lidi ke dalam adunan sehingga ke dasar loyang, kemudian tarik keluar. Brownies telah cukup masak sekiranya lidi tadi kelihatan berminyak dan mempunyai sedikit adunan coklat. Sekiranya lidi penuh diselaputi coklat, adunan belum cukup masak. Sekiranya bersih, adunan terlebih masak.

**Tips - Lebih mudah sekiranya menggunakan loyang yang boleh dikeluarkan dasarnya seperti yang digunakan untuk membuat cheesecake 


No comments:

Post a Comment

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...