Friday, April 22, 2016

Brownies Kedut & Autism Awareness


Salam Jumaat yang barokah ... Dah selesai Al-Kahfi? Syukur alhamdulillah masih bernafas lagi jumaat ni. Terpanggil nak berkongsi kata-kata Prof Muhaya kat Ikim baru-baru ni ... tentang macamana nak instill positive mind dalam diri kita selalu. We should start dengan benda yang kecik-kecik dulu sekeliling kita ... see it from a positive side, contoh ... Ada org yg susah hati anak dia selalu sakit, ada pulak yang kais pagi makan pagi  ... nak hantar anak ke sekolah pon xdapat. Syukur alhamdulillah dgn nikmat yg Allah bagi kat kita ... anak-anak kita sihat hari ni, selamat pergi balik sekolah, nak pergi kerja xsusah, ada kenderaan, dapat tidur selesa, dapat makan. Bila kita melihat dari sudut itu, insya Allah .. surely akan ada positivity dalam diri. Jangan hanya mencari apa yg ada pada orang lain, yang kita tak ada.

Apa yang I kongsikan kat atas tu sbb teringat  ada filem baru keluar panggung bulan ni ... Redha ... Based on true story ... Perjalanan hidup famili yang mempunyai anak Autism. Insaf sekejap diri bila membaca luahan mereka yang mempunyai anak istimewa ini di facebook. Berbanding dengan anak-anak istimewa yang lain yang mana kita boleh nampak dari fizikalnya spt Down's Syndrome atau Celebral Palsy yang memerlukan bantuan untuk bergerak, anak-anak Autism sering dipandang serong kerana secara luarannya nampak seperti kanak-kanak normal. Keluarga mereka sering disalah bila bawa anak ini berjalan-jalan di khalayak ramai tatkala anak-anak ini membuat perilaku seperti melompat-lompat, terjerit-jerit, main air liur dsbnya. The filmmaker intend to create Autism Awareness in our society. Tinggi harapan saya juga tercapai objektif itu. Ia sangat membantu bagi keluarga yg mempunyai anak istimewa ini kerana mereka tidak perlukan sokongan lain, mereka hanya perlu kita faham dan berhenti menjadi sinis.

Ok la .. panjang dah celotehku. Letih dah mak membebel. Jom tengok apa yg I baked kali ni. Tekak menggedik-gedik nak makan brownies minggu lepas, lepas nampak post Kak Ayu. Kak Ayu ... u always inspired me ;) Isyy ... pandai tul dia menggoda ... kita pon godek ler sebiji ... using a  good quality butter & chocolate, puas hati betul dpt jamah brownies yang heaven gini ;)


BROWNIES KEDUT
Sources:- Kak Cek / Ayu@curlybabesatisfaction

1 1/3 cawan semi sweet choc chip (Kak Cek guna 200gm compound dark choc Jenama Lebourne)-(Ayu guna valrhona dark  chocloate + semi sweet+ milk chocolate))
68 gm butter
1 sk vanila
1/2 cawan gula perang
1/4 cawan gula castor
2 biji telur
1/3 cawan super fine flour-(Ayu guna 60g self raising flour)
3 sb koko powder
1/4 sk garam

1. Choc dipotong kecil dan dicairkan bersama butter ... campurkan vanila ketepikan...
2. Tepung..koko..salt...diayak...
3. Gula dipukul kembang bersama telur...masukkan adunan choc tadi...kacau sebati...akhir sekali masukkan campuran tepung...kaup balik kan je...jgn overmix
 
Guna loyang 8" × 8"
Bakar temperature 160 C dalam masa 20 - 25 min...



Note Dari Kak Cek :
Kalau suka kacang ..leh la masukkan masa masukkan tepung ...adunan choc tu tak yah tunggu sejuk sgt...suam sikit2 dah boleh masuk dalam adunan telur yg dah dipukul kembang ....
Akan jadi lebih berkilat dan sedap bila kita guna good quality butter and choc.

2 comments:

  1. Assalam Ain,
    ada brownies kedut disini..yehhhh..
    berjaya menggoda...ek eleh macam real ajekan..heheh
    cantik tuha..siap dgn brownies cutter..akak tak reti guna cutter gini..
    habis terburai semuanya tercabut(jenis yang u can pull out frm the loyang)..harap kena dgn selera brownies ni ya Ain..thank you sudi cuba & link bank to my blog...:)


    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq kak ayu ... bukan suntik semangat baking je, u siap suntik lemak lagi kat I ehehe ...

      Delete

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...