Bubur Lemak Udang


Sabtu baru-baru ni, buntu mula-mula tak tahu apa nak masak. Hati terpaut pulak bila teringat resepi bubur lemak kak fida ni yang I jumpa while blog walking a few weeks back. Lagi pun bila dah ada periuk noxxa, masak bubur tersangat la mudahnya. 15min dah cukup untuk nasi bertukar jadi bubur ;)

Sekali sekala kita buat bubur for lunch, excited pulak my 3 heroes nak makan. I buat lauk-lauk sampingan untuk makan dengan bubur tu >> telur masin, ikan pekasam goreng dan kerabu mangga bunga kantan. Memang terangkat la selera masing-masing sampai tak sedar makan menambah-nambah 3 mangkuk sorang-sorang ... haha. Hilang penat memasak bila tengok anak-anak dan hubby berselera makan. 

Jom semak resepi bubur yang sedap ni. I olah sedikit cara masak bubur ni sebab guna periuk noxxa. Bubur ni xsempat nak posing kat rumah, kita posingkan time berkelah dengan Hafiy ;). Warna bubur I ni gelap sebab bawang goreng.

BUBUR LEMAK UDANG
Sumber: Kak Fida MyResepi

Bahan-bahan ( 1 famili ):
2 cwn beras
2 1/2 liter air
1/2 kilo udang - kupas kulit dan bersihkan
1 cwn santan
6-10 ulas bawang kecil *
3 ulas bawang putih *
1 hiris halia *
2 batang serai - dititik
minyak utk menumis
daun sup, daun bawang dan bawang goreng utk tabur - I tambah daun ketumbar
garam secukup rasa
sedikit lada putih serbuk
  1. Masukkan beras yang telah dicuci bersih dan air ke dalam periuk noxxa. High presure 15 minit. 
  2. Kisar bahan2 * 
  3. Dalam periuk yg berasingan, panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan serai hingga wangi. 
  4. Masukkan udang dan gaul rata. Masukkan juga santan dan sedikit air lagi. Masak hingga mendidih. 
  5. Apabila bubur sudah masak, release kan wap dengan memutar tombol kepada STEAM. 
  6. Tekan mode memasak kepada fungsi Stir-Fry. 
  7. Tuang campuran santan dan udang ke dlm bubur nasi dan tambah garam dan lada putih serbuk secukup rasa,gaul hingga rata dan sebati dan masak hingga mendidih sekali lagi. 
  8. Taburkan bawang goreng, daun ketumbar & daun sup, gaul sebati ke dalam bubur & tekan OFF. 
  9. Hidangkan bubur dan tabur dgn bahan2 taburan.

Comments

Popular Posts