Sup Ikan Merah yang sedap dan mudah


Hi all, ni menu hari wesak minggu lepas. Dalam fridge ada ikan merah yang I beli about 2 weeks back ...  err ... terus teringat moment terjatuh tergolek dog time dekat kedai makan sebelah pasar masa nak melangkah keluar kedai tu nak ke pasar. Terkejut pon ada sbb xsangka nak jatuh ... tengah blur memikir cemana leh jatuh, ada pulak sorang lelaki jatuh beberapa langkah je depan I.

Antara menu yang sedap dimasak dengan ikan merah adalah sup. Husband pulak memang suka lauk berkuah clear or soup macam ni. Teringat xpuas makan kat Hard Wood Cafe Seremban hari tu sebab ambil macam-macam lauk ;), tu yang rasa nak masak pulak. 

Lauk ni makan kat kedai, ambil sepotong ekor je pun dah cecah RM28. Puas hati lagi masak kat rumah, bebas ajinomoto ... kan.

SUP IKAN MERAH YANG SEDAP & MUDAH
Sumber: ain @my-sweetthots.blogspot.my

3 keping ikan merah (ikan lain pun boleh)
1 sup bunjut ikan adabi *
3 ulas bawang putih yang dimayang *
5 ulas bawang merah yang dimayang *
1 batang serai yang dititik / ketuk
3 kuntum bunga lawang *
3 biji buah pelaga *
3 biji cengkih *
1 batang kayu manis *
2 inci halia yang diketuk *
1 biji tomato yang dibelah empat
1 pokok daun sup yang dimayang - tak ada daun sup time ni, gantikan dengan batang celery
1 pokok daun bawang yang dimayang
1 sudu makan perencah sup - dicampur air / masukkan ketika menumis

  1. Basuh ikan. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang bertanda * sehingga wangi.
  2. Masukkan air dalam 3 gelas / ikut suka, setelah air menggelegak, masukkan ikan dan batang celery yang telah dipotong.
  3. Masukkan garam, tunggu sehingga ikan masak dan masukkan tomato.
  4. Tutup api dan taburkan potongan daun sup dan daun bawang jika ada. Sedia untuk dihidangkan. Makan dengan nasi panas2.
** Cadangan hidangan:
Lauk ni sesuai digandingkan dengan ikan masin goreng, sambal belacan dan ulam-ulaman.










Comments

Popular posts from this blog

TAJWID: Cara Bacaan Hamzah Wasal dipermulaan ayat

Sotong Goreng Kunyit (versi kering)

Tteokbokki