Monday, August 9, 2010

Milk Pudding


Puding ni buat hari khamis lepas, lepas balik keje sebab dah x tahan godaan la bila nampak kat blog Kak Rose. Memula dulu nampak K.Nor buat, masih la boleh bersabar dok lam waiting list, tapi bila dah dekat nak puasa ni rasa meronta-ronta lak nak makan ^_^. Alhamdulillah, mmg best. Tak rugi cuba & boleh masuk list dessert bulan puasa ni. Lemak santan berserta rasa pandan, manis pun sedang2 aje... mmg marvellous sangat lah kat tekak. Yeay, puas hatiku. Cuma kejadian puding ni x memenuhi piawai dr segi presentation la, lapisnya menggelungsur pulak. Next time buat akan cuba ikut tips yg K.Nor bagi. Resepi asal dr Gert tapi I copy dr K.Nor. Thank you ladies, kalau ada resepi best lagi kongsi la ye ;).

MILK PUDDING
Source: Gert
Reference: K.Nor

Ingredients:
600 ml water
120 gram sugar
8 gram agar agar powder
3 pandan leaves
300 ml milk
200 ml coconut milk
A few drop of pandan paste

1. In a medium size saucepan bring the water, agar agar power and pandan leaves to boil. Let it boil for 3 minute until agar agar power dissolved.
2. Add in sugar; continue to stir until sugar dissolved. Lastly pour in the milk and coconut milk. Turn down the heat and bring the mixture to a slow simmer. Turn off the heat and remove the pandan leaves.
3. Remove ¾ of the mixture and add in a small drop of pandan paste. Pour into prepared pan or mould. Let it set before pouring the balance of the agar agar (white portion) mixture on top. Let it set and serve cold.

Friday, August 6, 2010

Teh O Limau Berhalia


Dari hari tu dok aim nak buat air ni masa nampak kat blog Wana. Nampak interesting coz I never thot of putting jus limau kasturi dlm teh o halia. It's just well blend, the taste of halia, teh & limau kasturi. Pendek kata memang best lah, kena dgn tekak hubby, hafiy & me. Sampaikan 2 hari berturut2 dok layan air ni sambil tengok citer korea  ^_^. Semalam ni pon sebenarnya requested by hafiy. I preferred version yg suam2 but versi letak ais pon sedap juga! Thank you Wana for sharing such a lovely recipe ^_^. It's so refreshing!

Resepi Jus Halia Limau Kasturi

2 inci halia ( dibuang kulit kemudian di hiris2 )
1 sudu besar jus limau kasturi
1 gelas air panas
1 gelas air sejuk
3 sudu makan gula ( ikut kemanisan yang di ingini )
ais secukupnya.

1. Satukan halia, jus limau kasturi dan gula dalam jug kecil.
2. Tuangkan air panas kedalamnya. Kacau hingga gula larut.
3. Masukan 1 gelas lagi air sejuk. Kacau dan sejukkan seketika.
4. Untuk menghidang, Masukkan hirisan halia tadi dalam gelas bersama ais kemudian tuangkan jus halia tadi.
5. Bolehlah di minum.

Kuih Koci & kenduri ...


Teringat lak time kenduri kat kg last week... tambah2, teringat kat si kuih koci kat atas ni. Hari tu eksyen... makan satu je kes perut dh penuh sumbat macam2 mknn, skrg baru nk menyesal.. dh terlewat lerr. Tapi mmg best kenduri kat kg, semua benda pon gotong royong sampaikan buat kuih koci ni pon dorang buat beramai2. Kalau kat bandar, main order je... pastu siapkan je la duitnya. Tu sbb kenduri kat kg, walaupun biasa2 aje lauknya... tapi tetap sedap sbb dimasak dgn kerjasama & penuh kasih sayang ^_^.


Sambil buat keja, makan. Sambil makan berborak.. kan mesra tu ;)


Mee Rebus, juadah utk yg tolong menolong memasak ... Yg ni pon eksyen aritu, jamah kuah jer. Now rasa meronta2 pulakkss nak makan. Kena request induk buat pulak la nnt balik buka kat kg... hihi.


Ni je lauk yg sempat disnap.. masak cili api daging dgn rebung (permintaan nenek)


Asam pedas, lebih kurang menu wajib kenduri org melaka ;)


Ayam goreng cili


Thursday, August 5, 2010

Asam keping & buahnya


Saja nak berkongsi cerita. Pada yg tak pernah kenal, ini lah dia buah asam yg digunakan buat asam keping ye. Bila balik kampung, ini antara aktiviti yg biasa kami buat >> hiris buah asam untuk buat asam keping sambil borak2 bersama ahli keluarga ;) I suka buat keje ni, sambil berangan jadi tokey asam keping ... hahaha... Satu kepuasan bila tengok asam keping yg dah cukup kering dlm balang. Pokok buah asam ni actually arwah atuk yg tanam. Alhamdulillah, rasanya dah berbelas tahun juga kutip hasilnya, sejak mula berbuah tak pernah putus2 & sejak tu kami memasak menggunakan asam keping hasil buatan sendiri. Sometimes masak lauk lemak cili padi, masuk je buah asam yg fresh ni, lagi best! Disebabkan buahnya yang banyak sentiasa tu & ada yg lalu lalang tepi rumah nenek nampak asam yg berjemur tu, ada la org kampung yg bertanya nak beli asam keping. Bermula dr situ la we all start menjualnya secara kecil-kecilan.

 

Wednesday, August 4, 2010

Kek Chiffon Pandan


Last weekend balik Masjid Tanah sbb nenek buat kenduri sempena nak menyambut ramadhan, so xde aktiviti masak-memasak kat rumah sendiri. Cuma i sempat mencuba satu lagi resepi kek chiffon yg sedap di dapur makcik I kat kg. This time I tried the recipe posted at Yatiememories. Memang sedap tau, tambah 1 lagi koleksi recipe kek chiffon yg sedap! X amik gambar kek belum potong, sebaaabbbb... my cake x menjadi cantik spt Yatie or K.Nor punya. Mine macam terpenyek je lepas I terlangkupkan loyang & cracked kat atasnya, rasanya disebabkan x biasa dgn oven makcik, patutnya I set the oven temperature rendah sket dr yg biasa I buat kat rumah. So, bila tgk kek dh merekah & kaler pon dh cukup perang, terus tutup api. Bila potong baru perasan bhgn atas tu melekit sket, patut lebihkan sket masa bakar. Tapi, kek ni memang best tau!. Thanks to Yatie yang berkongsi resepi ;)

KEK CHIFFON PANDAN
Sumber : YatieMemories

Bahan A
* 6 biji kuning telur
* 2/3 cawan minyak Mazola
* 2/3 cawan santan pekat
* ½ sudu kecil garam
* 1 cawan gula pasir
* pewarna hijau dan perisa pandan
* 1 1/2 cawan tepung gandum *diayak
* 2 sudu kecil baking powder* diayak

Bahan B
* 6 biji putih telur
* 1/2 cawan gula pasir
* 1 sudu kecil cream of tar tar

Bahan (A):
Masukkan kuning telur, garam dan gula. Kacau. ( tak perlu kembang, sebati je dah cukup)
Masukkan pewarna hijau, minyak & santan dan kacau lagi.
Masukkan tepung( yg telah diayak bersama baking powder) gaul sebati dan ketepikan dahulu.

Bahan (B):
Pukul putih telur sehingga menjadi berbuih.
Kemudian masukkan gula.Pukul lagi hingga kembang.
Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi hingga betul2 kembang, jika diterbalikkan adunan tak jatuh.
Last sekali, masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit....guna spatula sahaja, cara kaedah kaup balik.

Tuang adunan ke dalam periuk lubang...tak perlu di lenser.
Setelah siap, hentakkan beberapa kali dan bakar selama 45-50 minit 175c
Setelah masak, angkat kek dan terus terbalikkan di redai kek sehingga sejuk.
Setelah sejuk, bolehlah di potong dan hidangkan.

Tuesday, August 3, 2010

Tumis Tempe


Satu lagi menu berbuka last week. Antara menu tempe favourite I yang paling simple, resepi nenekku Cik Besah. Sepatutnya berkuah sket je tapi yg ni kes nak cepat, dah terlupa terus kering kontang jadinya.

TUMIS TEMPE

4 keping tempe - potong dadu kecil
sejemput ikan bilis
1 batang cili merah
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 cawan air
Garam

Tumbuk cili, bwg merah, bwg putih & ikan bilis. Tak perlu sehingga lumat. Tumiskan bahan2 tumbuk tadi hingga wangi, masukkan sedikit garam. Masuk tempe & tuang air. Kacau tempe sekali sekala utk memastikan rasanya sebati. Masak hingga airnya agak kering/berkuah sedikit sahaja.

Monday, August 2, 2010

Teh Halia


Sekarang ni kalau nak minum teh, dah ketagih la balik nak minum teh halia. Sampai si kecik hafiy pon dah ikut suka ;) Ni gara2 puasa last week 2 hari berturut2 tu dok buat teh halia for berbuka. Cara I senang je, rebus serbuk teh dgn halia muda yg diketuk sket. Lepas tu buat la teh macam biasa. Tapi utk rasanya yg lebih ummpphh... I suka minum waktu dia suam2, aroma halia tu wangi je.

Teringat dulu kecik2 masa sekolah rendah dok ngan nenek kat kg di Masjid Tanah, Melaka. Petang2 bila dengar macam bunyi basikal bai roti benggali lalu cepat-cepat turun dgn makcik & adik sambil bawa koleh nak beli air teh o halia & roti bai ni yang best sangat. Teh o halia dia mmg powerr! Panas lak tu. Memang sedap sangat makan dg roti dia tu, ada yg tabur gula, ada yg letak bijan atasnya. Entah la ye, walau pun sekrg ada Lavender, BreadTalk, Bread Story etc... tak setanding la roti bai tu... nak beli, bai tu pun dah xde lagi.

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...