Tuesday, August 16, 2011

Shabsuka - (Iftar 7 Ramadhan 1432H)



Tak sempat nak celoteh panjang. Ni antara menu favorite I for Iftar, utk tahun ni dah 2x buat. Last time buat ikut resepi yg ni. Kali ni I ikut resepi makcik Diana dr Resepi Diana. Dah lama x dpt masuk blog Diana ni. Thanks to Yat Maria yg share resepi ni kat sini. Comparing the two recipes, my tastebud mengatakan yg ni lagi sedap sbb lebih terasa rempah2nya. Yang kat atas ni gambar yg buat dulu utk breakfast anak2 sebenarnya .. yg baru2 ni sbb dah kalut nak buka x sempat nak klik sini sana.

SHABSUKA HAJAH KAMISAH (masakan Arab) 
untuk 6 - 10 orang

Bahan-bahannya
1 kilo daging cincang, digoreng tanpa minyak
2 biji bawang besar, dihiris
1 cawan lada kering kisar
3 sudu makan minyak sapi
3 sudu makan minyak sayuran
1 botol sos tomato Maggi
1/2 botol sos cili Maggi
1 tin sedang tomato puree
6 biji tomato, dipotong dadu
3 biji bawang besar, dipotong dadu
30 sen daun ketumbar
20 sen daun pudina
4 - 5 cawan air
1 1/2 cawan bawang goreng
1 paket sayur campuran (mixed vegetables)
gula secukup rasa
garam secukup rasa
ajinamoto (jika mahu)

Bahan untuk dikisar
6 ulas bawang putih
2 inci halia
4 sudu makan jintan halus
2 - 3 sudu makan lada hitam
3 biji bawang besar
1/2 inci kayu manis
2 sudu makan lada putih

Bahan Hiasan
6 biji telur, digoreng buat mata lembu setengah masak kuningnya

Cara-caranya
1. Panaskan minyak, tumis bawang yang dihiris sehingga wangi. Masukkan lada kering kisar tumis hingga garing dan naik bau. Kemudian masukkan bahan kisar, tomato puree, tomato sos dan cili sos. Gaul rata. Masukkan garam, gula dan ajinamoto secukup rasa.
2. Masukkan dagiing yang telah digoreng tanpa minyak, tomato dan bawang yang telah didadu, sayur campuran dan masukkan air. Masak sehingga mendidih dengan api sederhana.
3. Akhir sekali masukkan daun ketumbar, daun pudina dan bawang goreng. Gaul rata dan matikan api.

Cara Menghidang:
Sendukkan shabsuka ke mangkuk dan letakkan sebiji telur mata lembu yang telah digoreng setengah masak atasnya. Ia selalu dimakan bersama roti perancis.


2 comments:

  1. oo versian yg makan telur tu pecah ja atas sambal tu and then baked :)

    ReplyDelete
  2. haha .. a'a u, sbb anak2 I mmg suka telur yg style 1/2 masak nih.

    ReplyDelete

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...