Monday, March 16, 2009
Tart Gulung
Resepi ni asalnya memang i simpan untuk cuba sempena aidilfitri 2008 hari tu, tapi tak berkesempatan. Masa balik kampung musim raya hari tu, my beloved induk tanya macamana nak buat tart gulung. Apa lagi, ni peluang keemasan yg ditunggu-tunggu. I dengan excitednya sibuk ler nak tunjukkan caranya, boleh cuba resepi Kak Ita (Ita Delights), dah berkembang bisnes akak ni, siap promo bisnes kat Astro Awani tahun lepas.
Menurut kata Kak Ita, tart ni istimewa, sebab dia akan hanyut dimulut disebabkan kelembutannya... Hasil ujikaji i haritu... memang pon, i like. Hafiy pon suka sangat. Tapi induk i kata, lembut sangat, mudah hancur. So, siapa yang buat tart ni kena la lebihkan kelembutan tangan tu yer, supaya tak le mudah pecah biskut anda nanti.
TART GULUNG
(Sumber: Ita Delights)
BAHAN A:
250 gm butter
2 steh gula kastor
2 biji kuning telur
2 steh esen vanila
BAHAN B:
200 gm tepung jagung
180 gm tepung gandum
Jam nenas secukupnya
Paper cup - i tak guna pun
Kuning telur untuk sapu
1. Sebatikan semua bahan A
2. Masukkan bahan B & sebatikan jadi doh yang lembut
3. Masukkan ke dalam acuan tart gulung & tarik panjang
4. Letak inti ditengah & gulung.
5. Masukkan ke dalam paper cup & sapu kuning telur diatasnya.
6. Bakar selama 25 minit
Sunday, March 15, 2009
Sotong Berkicap Ala Thai
Hari ni i nak share this recipe which i first ate at Nek Mah's house.... Thank you Nek Mah, ajak kami lunch masa tu . Dapat gak merasa resepi baru yg dia cuba. Was on the way to the 2 ninjas taekwondo class back then & dropping by her house ... can't really recall why. Tapi kami memang rajin juga la singgah2 umah Nek Mah ni. Dan Nek Mah pon tak kurang hebatnya bab-bab mencuba resepi baru, tapi more towards masakan la, bab baking ni ada kurang sket sebab xde oven. Menurut katanya hari tu resepi ni dia jumpa dalam majalah saji Jun 2007. Apa lagi, lepas i rasa masakan dia masa tu, sementelah menunggu ninja-ninja tu habis bertaekwondo (apa la... ninja belajar taekwondo lak ye, patutnya karate ), i pon gi le rembat majalah saji tu kat kedai mamak kat bawah tu.
Resepi ni memang sesuai utk seisi keluarga terutama yg ada anak2 yg belum remaja sebab ada rasa kicap, sos tiram, masam-masam sikit & tahap kepedasan tu boleh disesuaikan samada nak letak cili burung or cabai biasa tu. Lebih kurang rasa kuah ladna kot. Memang among my 2 ninjas favorite dishes nih! Dah banyak kali buat memandangkan sotong memang favorite dorang & bahan-bahan yg digunakan pon yg memang sentiasa ada kat rumah. Yang ni juadah masa bulan ramadhan last year.
Sotong Berkicap Ala Thai
(Sumber: Kicap Mahsuri - Saji Jun 2007)
300g sotong hidup
3 sudu besar kicap pekat lemak manis mahsuri - (x guna pon brand mahsuri ni, bantai je cap maggi yg ada kat rumah)
1 sudu besar sos tiram
1 batang serai - dititik
2-3 helai daun limau purut
5 ulas bawang merah }
2 ulas bawang putih }
1 cm halia } dikisar
1 biji cili merah } dimayang
1 ulas bawang besar } 3 sudu besar minyak
1/2 cawan air
Sedikit daun limau purut
2-3 biji limau nipis (optional) - i memang letak, lebih kick!
Garam & gula secukup rasa
1. Bersih sotong & toskan airnya.
2. Panaskan minyak. Tumiskan serai & bahan kisar hingga wangi.
3. Masukkan kicap pekat & sos tiram serta air
4. Masukkan sotong & perasakan dengan garam & gula
5. Masukkan hirisan cili merah, bawang besar & daun limau purut. Kacau 1-2 minit, tutup api dan hidangkan.
6. Jika ingin, jus drpd 2-3 biji limau nipis boleh diperahkan untuk menambah rasa masam.
My ninjas yg sibuk nak interframe ...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat
Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...
-
Alhamdulillah, silaturrahim yg terputus sejak sekian lama dengan sahabat-sahabat puspawangiku dibawah tu dapat dieratkan semula melalui gr...
-
Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...
-
Morninggg ... sebelum I bercuti panjang esok, pagi ni I nak share resepi Kuzi pulak. Masa hubs bawa balik daging korban hari tu memang ...