Friday, April 9, 2010
Ikhlas memberi, pasti mudah menerima ...
Itu lah yang bermain di fikiran kelmarin, semalam dan masih lagi hari ni. Cuba menghayati, biar lekat dihati. Hari ni pulak, jengah genta-rasa>> "Orang Ikhlas Tertindas", sungguh mengesankan apa yang cuba disampaikan oleh Ustaz Pahrol. Rasa amat berterima kasih dengan tulisannya. Nak tau lebih lanjut, sila layan diri disini http://genta-rasa.com/2010/04/09/orang-ikhlas-tertindas I petik sikit dr blognya:[i]"Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu." "takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!” [/i] [i]“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…” “Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?” “Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’“Pasti ada! Insya-Allah.”“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”[/i] Insya Allah, What u give, u get back.. percayalah kepada DIA yang Maha Esa! ** Jatuh cinta dgn SOLUSI :-D
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat
Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...
-
Alhamdulillah, silaturrahim yg terputus sejak sekian lama dengan sahabat-sahabat puspawangiku dibawah tu dapat dieratkan semula melalui gr...
-
Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...
-
Morninggg ... sebelum I bercuti panjang esok, pagi ni I nak share resepi Kuzi pulak. Masa hubs bawa balik daging korban hari tu memang ...
No comments:
Post a Comment