Thursday, May 27, 2010

Sotong Masak Hitam


Ni lauk yg dimasak sikit masa dulu. Hubby & anak2 memang penggemar sotong, sampai kadang2 dah kering idea nak gayakan lauk sotong nih. Resepi yang ni dapat masa belek2 buku kat MPH, Jusco Maluri. Apalagi, rembat lah... Edisi Khas 50 Sotong, kompilasi dari majalah karangkraf. Actually mak i biasa gak masak sotong masak hitam ni, tapi berbeza sket caranya. Tak penah ambil tahu sebab masa dulu macam x rela je nak makan dakwat sotong ni. Tapi versi yg ni, i tried ok gak rasa dia... x la hanyir dakwat tu maybe sbb penggunaan cili padi.

SOTONG MASAK HITAM
(Sumber: Edisi Khas 50 Sotong)

1kg sotong ~ dibersihkan, jgn dibuang pundi dakwat
20g bwg putih ~ kisar
20g bwg merah ~ kisar
100g bwg besar ~ kisar
20g cili padi ~ kisar
20g halia ~ kisar
10g kunyit ~ kisar
10ml air asam jawa
minyak, garam & gula

Panaskan minyak. Tumis bhn2 kisar hingga pecah minyak & naik bau.
Masukkan air asam jawa & kacau mesra.
Masukkan sotong & kacau. Masuk gula & garam secukup rasa. Kacau sebati sehingga masak. Hidangkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...