Terasa nak makan agar-agar hari tu dan agar-agar ni jadi pilihan. Lagi pun pati santan baki chiffon pandan tu ada lagi. Kali ni try resepi yang ternampak kat rumah kak dZana. Thanks ye kak & tuan punya resepi. Sedap wat sejukkan tekak.
AGAR-AGAR SANTAN GULA MERAH
Sumber: Watie penang
10g serbuk agar-agar
1/2 cawan gula merah
1/4 cawan gula putih
1150 ml air
120ml air campur 1 paket santan Kara ( sy guna 100ml santan kotak cap ayam)
1 biji telur dipukul dengan santan tadi
secubit garam
1 helai daun pandan
Masak air dengan gula dan daun pandan (kalau guna gula merah cap bintang tak payah tapis) bila gula sudah larut masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga semuanya larut.
Kecilkan api.
Kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga mendidih.
Tuang kedalam acuan yang anda suka
Sejukkan baru di didinginkan dalam peti sejuk.
No comments:
Post a Comment