Weekend baru ni Hafiy demam, dari Jumaat malam lagi. Memang tinggi temperature dia, reached 40 sampai doktor masukkan ubat kat bontot la. Dia pulak complain sakit tekak susah nak menelan & request nak makan sup ayam & bubur je utk lunch hari Sabtu. Saja mencari kelainan nak cuba sup ayam berempah ni, terliur tengok sana sini org dok try. Memang best rupanya sup ni, boleh masuk buku ^_^ no wonder ada yg asyik dok ulang buat je. Thanks to Pyhonda MyR & kawan-kawan yang dah berkongsi cerita tentang kesedapan sup ni ;) Resepi I copy dr blog Yatie
SUP AYAM HADNYAI
(Sumber: Pyhonda MyR)
800 g ayam, dipotong sederhana besar
5 batang serai, dititik7 cm lengkuas, diketuk
2 batang saleri, dikerat2
2 biji tomato, belah 4 setiap satu (resipi asal tak letak)
5 - 6 cawan air (atau secukupnya)
Garam dan gula secukup rasa
2 kuntum bunga lawang#
5 biji buah pelaga#
3 kuntum bunga cengkih#
1 batang kayu manis#(#rempah tumis)
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3-4 biji cili padi*
4 cm halia*
1 camca teh lada hitam(resipi asal tak letak)*
2 camca besar ketumbar*
1 camca teh jintan kasar*
1 camca teh jintan halus*(*dikisar halus)
Hirisan daun sup/daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA
Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan.
Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis rempah tumis, serai, lengkuas dan bahan kisar halus hingga harum.
Masukkan ayam tadi dan gaul rata. Masak hingga ayam kecut kurang lebih 5 minit.
Tuang air dan masukkan saleri. Gaul rata dan renih hingga ayam masak.
Tambah garam secukup rasa dan secubit gula sebagai pemangkin.
Akhir sekali masukkan tomato dan masak 1 - 2 minit lagi.
Rasa dan jika ok boleh matikan api.
Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Sedap juga dihirup begitu saja.....
No comments:
Post a Comment