Friday, February 4, 2011

♥ Donut Keledek


Tak leh cakap banyak... just nak kongsi pasal donut ni.  Donut keledek yg surprisingly sangat sedap kat tekak saya ... w/pun x buh telur sbb kusangka ada telur dlm fridge, sekali checked, yilek pulak.  Ni pun sbb bukan kat rumah sendiri, malas nak cari penimbang, main agak2 ikut suka je la sukat bhn2 tu. Kalau x mesti lg sedap ni. Thanks to K.Nor yang mengilhamkan penggunaan keledek dalam resepi Donut Kentang Ros JintanManis ye. Thanks gak kat Ros, utk resepi asal tu. Suka sgt2 la. I xde stok susu tepung, jadi gantikan dgn susu kotak je sukatan air suam tu.


DONUT KELEDEK
ilham dari Ros Jintan Manis

·                     500 gram tepung gandum
·                     200 gram keledek yang telah direbus dan dilenyek
·                     4 sudu besar susu tepung 
·                     1 biji telur -  dipukul sedikit
·                     200 ml air suam -  k.nor lebihkan air sbb guna 1bj telur jer 
·                     3 sudu besar marjerin
·                     3 sudu besar gula
·                     3 sudu kecil yis - lain kali nak kurangkan sket

1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.

2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.

3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.

4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..

5 comments:

  1. assalam ain, sedapkan donut keledek ni..nieza pun suka:)

    ReplyDelete
  2. mas dah buat donut keledek ni...antara donut yang terbaik....

    ReplyDelete
  3. keledek yg banyak dlm kampit tu campak la seketui,2 sini..hehheh :))) mcm2 leh bt dgn keledek ni eyh..donat tu, mmg TERBAIK! *betul ckp mas..kan :)

    ReplyDelete
  4. salam ain...comeinye donut keledek tu..mesti rasanye pun sedpkan..eina lum try lagi..nanti nak try lah...

    ReplyDelete
  5. nieza, mas, del: mmg terbaik!! dah buat 2nd round pun tadi ;)

    eina: cuba tau, mesti suka punya.

    ReplyDelete

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...