Skip to main content

Mee Jawa ... pembuka bicara


Salam lebaran 1432H! Harap belum terlewat ye. Haih ... I'm super lazy nak meng'update' blog sekarang nih. Dah berapa puluh kali buka tutup balik, satu entry pon sangat malas nak buat. But thanks to this Mee Jawa yang menyuntik semangat nak menulis. Scared I might be losing this wonderful recipe ... almaklum tulis dlm sekeping kertas je... ku rajinkan juga la menaip ni. Nampak Mas pun ada buat jugak, kan.

I made this last Sunday sbb SIL & her family nak dtg beraya. Kebetulan birthday Haziq sehari sebelum tu, dia pun excited la konon celebrate 2nd round his 9th birthday. Memula plan nak order je food sbb kurang sihat nak memasak. Tapi org yg I call semua pon dah x mampu nak terima order kita. Singgah rumah my aunty last Fri & masa borak2 dengan dia, dia suggest I masak Mee Jawa ni. Cerita dia jamu guest dia (his Kelantanese hubby punya saudara mara) dgn mee ni, cemana tetamu dia makan smpi habis la 7 peket mee mkn utk 20 org... sungguh buat jiwa I meronta2 nak masak ^_^ Niat dia nak ajak we all makan terus cancel sbb kuah dah habis licin.


Resepi ni dr Cik Esah jiran sebelah rumah mak, tapi I menuntut secara verbal je hari Sabtu baru2 ni dr my aunty aka nenek cyber tu... hehe. Mak cik Esah ni memang pandai memasak. Dulu-dulu time suami dia masih sihat, selalu juga dia buat makan2 & jemput kami. Nenek cyber tu makan Mee Jawa ni, terus minta resepi dr Cik Esah.

What I most like about this recipe ... xde penggunaan keledek tau, senang kerja, xyah rebus keledek bagai ... n after effect nya pon ... hehe ... xde la pussss sana, prettt sini kan. Sebaliknya digantikan dgn tepung gandum untuk memekatkan kuahnya tu. Sempoi kan?  tapi rasanya ... aihhh ... syapaleh!! I tell youuuu... Errr ... kalau x, xde lah tetamu I pon siap minta resepi dan dan tu jugak ... ye tak?? (^___^). Hilang rasa penat tengok dorang berselera makan. My sister yg x fancy mee jawa ni pon boleh bertambah makan ... sedap la tu ;-) Ok, cukup la membebel ... mai tengok cemana nak masaknya eh .. resepi ni dah ku alter sket ikut tekak sendiri ... yang penting bila sebut Mee Jawa, kuahnya tu kena la manis & pekat sket ye. Kuah ni, kalau dibiarkan semlm dulu pun lebih sedap!


Mee Jawa Kak Esah
(Sumber: Ain - Sweetthots)

Mee kuning secukupnya ~ anggaran 5 -6 paket bergantung kpd yg makan ni ... suka byk kuah ke x.
1/2 kg daging dipotong kecil2 & direbus ~ anggaran 3 liter air (utk lebih ummpphh .. campur tetel sekali)
5 - 6 biji buah keras
1/2 botol taucu ~ dibilas sedikit dgn air utk kurangkan masin
Segenggam ikan bilis ~ dimesin halus
1 cawan tepung gandum
2 biji tomato ~ terlupa nak beli, jadi x letak pon
Serbuk lada hitam secukupnya

Bahan A ~ dimesin
2 inci halia
3 biji bawang besar
10 - 12 ulas bawang putih
Bahan B ~ diketuk
4 batang serai
2 inci lengkuas
Bahan C ~ bancuh dgn sikit air utk dijadikan pes
1 peket kecil rempah Kari Babas
2 sudu besar cili mesin                  


Bahan Hiasan
Telur Rebus
Tauhu ~ digoreng & dipotong nipis
Bawang goreng
Taugeh
Cili hijau
Daun bawang & daun sup
Limau kasturi

Tumis bahan A, masuk B, masuk C, masuk taucu, buah keras & ikan bilis yg dimesin tadi. Masuk daging & air rebusannya. Tambah garam & gula secukupnya. Sebelum menggelegak, masukkan tepung gandum yg telah dibancuh dgn air (spt adunan roti jala) & kacau hingga menggelegak. Masukkan serbuk lada hitam & sesuaikan rasanya. Biarkan mendidih sebentar.


Cakkk ... jom, Alieya dah panggil makan tu (>__<)


... 2 gambar ni Haziq yg tolong snap coz mami bz mode melayan tetamu ;-)


Comments

  1. mee jawa....
    sedapppnya.....
    terliur lagi mas tengok mee jawa tu..
    resepi ni letak taucu yerk..

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya Dear,wah mee jawa bestnya

    ReplyDelete
  3. kirim salam dengan kak esah ye.. hikhik..
    dah lama tak makan mee jawa.

    ReplyDelete
  4. Mas: dah terliur, buat la lagi mas. Aa.. yg ni ada masuk taucu .. basuh2 sket taucu tu nak kurangkan masinnya

    Chik Mi: salam lebaran dr kita gak! Jom la pekena mee jawa juga

    ibundo: insya allah ... kawan lama ke hehe ... ;-)

    ReplyDelete
  5. as-salam
    sedapnye mee jawa..terliur gk tgk mee tu..

    ReplyDelete
  6. ady, tengok je x guna ... pi masuk dapur, buat ye ;-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

TAJWID: Cara Bacaan Hamzah Wasal dipermulaan ayat

Alhamdulillah, silaturrahim yg terputus sejak sekian lama dengan sahabat-sahabat puspawangiku dibawah tu dapat dieratkan semula  melalui groups WhatsApp sejak pertengahan tahun lepas kalau xsilap. Bila dah berkumpul tu walau pun di alam maya memang kecoh sampai kadang-kadang beratus-ratus message yg masuk, ada yg hphone hang, ada yg keneneng nak baca celoteh yg macam-macam dr drama akasia, cerita shopping sampai la ke hal mesin basuh, piuk belanga semua. At last, kami bahagi-bahagikan group ikut kategori, memasak, biz, kasih sayang, jalan-jalan dan general. Tu pun kadang-kadang xsedar diri tersasar dari landasan ;). Tak ketinggalan, selain group menceceh, kita buat juga group mengaji. Syukur, alhamdulillah. Banyak manfaatnya, in sha Allah. Semoga kami semua istiqamah.
Seronok juga group mengaji kami walau pun sekadar di alam maya. Dapat juga kongsi ilmu sedikit sebanyak tentang hukum tajwid didalam Al-Qur'an melalui mereka yg berpeluang pergi belajar mengaji dengan ustaz. I terpa…

Sotong Goreng Kunyit (versi kering)

Lama dok berhibernasi, tetiba keluar tayang sotong goreng kunyit je? Hehe ... Actually ada beberapa orang member pernah tanya, macamana I buat sotong goreng kunyit. Sebab katanya, bila dia goreng minyak meletup2 lak. So bila I buat satu hari tu, teringat la nak share kat sini. Tu yang beriya-iya pulak snap gambar .. ;) 
Tak tau nak kata, ni versi Kelantan ke or Siam, so I panggil versi kering je lah. Before kawin dengan my darling, x rajin pon buat style gini sebab dr kecik biasa makan yg jenis basah berkuah. Bila dah kawin, balik kelantan selalu tengok dan makan kakak ipar goreng style ni terus jatuh cinta gitu.
SOTONG GORENG KUNYIT (versi kering) Resepi: ain sweetthots
Sotong secukupnya - cuci bersih dan potong bulat Kunyit dan garam secukup rasa Bawang besar holland - potong bulat Cili hijau siam - xde, ain ganti dgn cili merah. Cili hijau siam lg best .. biasa diguna buat solok lada Kacang panjang - optional Minyak

Gaul sotong dengan garam dan kunyit secukupnya. Masukkan ke dalam k…

Jus Kurma Bersusu ... I'm Lovin' It

Assalamualaikum & warm welcome to sweetthots (^__^) ...
Before I continue, here's a daily reminders of the day ...

-Daily Reminders-الله
Watch your thoughts, they become words. Watch your words, they become actions. Watch your actions, they become habits. Watch your habits, they become character. Watch your character, it may determine your final destination!
Hari ni nak share this one drink yg tengah hot di dapur sweetthots. It's such a pleasing breakfast treat! Seisi rumah kami tgh dilanda demam Jus Kurma Bersusu ni. Hampir terlupa suatu ketika pernah buat this juicehere until last few weeks my colleague Fiza tanya I tentang resepi puding yg pernah I cuba. Masa belek-belek my own blog, ternampak ni ... terus dah teringat-ingat and I just love to prepare this drink for the kids sbb without much forces I berjaya buat depa makan kurma, minum susu & makan madu !! Alhamdulillah ... And that's the reason I'm telling you ... I'M LOVIN' IT ...to bits …

Almaeda Restaurant @ Ayer@8 Precint 8, Putrajaya

Dah lama x share pasal tempat-tempat makan. So hari ni I nak share new eateries in Putrajaya. Quite interesting place walau pun masih banyak kedai-kedai yg kosong. Antara yg I nampak hari tu (xsempat nak round sebab nak cepat pon ye, dah nak kejar maghrib pon ye) ada Fuel Shack, Hot & Relax dan Teh Tarik Place.
That day bila diumumkan anak-anak UPSR kena resit paper BI pulak tu, I pon bagitau hubs nak try makanan kat Ayer8, Putrajaya yg xjumpa the day before. Untuk memujuk hatinya yg lara tu kan ... Sensitif bebenor ... dok tangkap leleh je dalam kereta. Kami actually stayed 2 nights kat Hotel Pullman sebab my hubs ada training kat situ. Tapi pagi-pagi menderas la balik Ampang, nak hantar Haziq ke sekolah. Nasib baik exam start 8.15am & we all sampai around 7.15 - 7.20am mcm tu. 
Bila kat Putrajaya, mcm buntu je bab-bab makan ni. Lemau lak bila mikir nak makan kat Alamanda so I tanya member2 kat group whatsapp. Kak Long kawasan suggested this restaurant. Roti Giant & kamb…

Kuih Keria 'International' Haji Jalil @ Limbongan

Kalau dah sampai area Klebang ni, harus lah singgah kedai Tuan Haji Jalil yang dah cukup terkenal kat Melaka dan 1 Malaya ni. Tempatnya di Limbongan - Klebang Kechil, Melaka. Kat tepi jalan je, tapi hari tu excited sgt ... lupa nak ambil gambar lokasi. U ols bayangkan je la ... out of 5 visits, kali ke 5 okeh baru I dapat merasa kuih ni sbb tiap-tiap kali pergi asyik habis. Yang I dapat tengok, dulang kuih je ... huhu. 
Nak lepaskan kempunan datang jauh-jauh dari masjid tanah, kami makan ler laksa. Tapi, SERIOUSLY ... laksa Haji Jalil memang TERBAIK lah, antara laksa yg tersedap I pernah makan. Trust me, no regret. Kalau tengok orang-orang yang datang membeli kat sini kan, rata-ratanya mesti order laksa gak. Sama laku dengan kuih keria dia lah ... kalau x, xde la Haji Jalil masak kuah laksa seperiuk besar .. entah-entah beberapa periuk besar ;). So kalau u all sampai sini, jangan lupa cuba laksa juga. Gerenti x menyesal punya. Cukup rasa ikan, masam masinnya ... pendek kata secukup r…

Nasi Ayam Goreng Kunyit Mat Rock

Orang kata untung keje kat area MV nih ... tapi bagi kitorg yg dah dekat 3 tahun opis pindah kat sini, dah buntu dah mikir menu lunch. Kalau dapat pekena Nasi AYam Kunyit Mat Rock kat atas ni, sedapnyaa...

Huhu ... mana nak gagau kat area opis ni. Orang yg pernah merasa mesti tengok gambar ni kecoq air liuq ..  terbayang ayam goreng yg sedap panas2 bersalut dgn sambal macam sambal belacan siam berserta potongan kacang panjang dan bawang holland .. agak menyengat la pedas dia tapi memang sedap. Cukup membuka selera dan memang boleh teringat-ingat. Kicap ada disediakan jika nak. Harga pon berpatutan.
Kita pon mula terpikat, hasil hasutan Kucing Oren nan gumukkss itew .. sila lihat entri dia yg ni. Gambar i ni lagi tangkap leleh kan, kan .. haha .. Memang dah lama menyimpan hajat nak makan since baca entri dia. But time I makan ni, berlaku secara kebetulan jer 2 bulan lepas. Pergi klinik area Jln TAR, macam buntu lak tetiba nak makan apa sbb lalok kena jab ala2 penangih dadah tgh high .…

Kuih Buah Rotan

Kuih yang dah lama dibuat, baru sekarang nak tayang ;) Buat ni pun sebab hafiy request .. at last tak dimakannya pun sbb mummy nya ni goreng x rangup ler pulak. Isy... masalah yg serupa dgn ros kat jepun nun. Selain dipanggil buah rotan, ada gak yg menggelar kuih ni, kuih redan or kuih bijan. That day puas I google resepi ni & at last terjumpa kat rumah ros jintan manis ;) Rasanya memang sedap dah ... cuma part goreng tu ada fail sket la. Al-maklum la buat pun masa bulan puasa, bila tengok dah perang je terus angkat. Boleh goreng semula untuk merangupkannya ^_^
Buah Rotan
(Sumber: mesra.net oleh Fatimah Isa)

500 gram tepung pulut
1/2 biji kelapa
4 sudu besar gula pasir
1 biji telur
Biji bijan halus
1 sudu besar esen ros (x letak)

1. 1/2 biji kelapa dicampur dengan 1 gelas air dan diambil santannya. Kemudian 1 biji telur,4 sudu gula dan esen ros dimasukkan kedalam perahan santan dan dipukul hingga sebati.
2. Masukkan tepung pulut kedalam satu bekas yang besar kemudian masukkan cecai…