Monday, November 14, 2011

Muffin Coklat



Tak sempat nak bermadah helah, mode bz bee sekrg ni. Tapi nak letak gak resepi muffin ni kat sini yg diselongkar dr dapur Izah Muffin Lover tu ... supaya x lupa, esok2 kalau teragak nak buat senang nak refer. By the way, rupa muffin I hodoh ... nak ambil gambar pon xde hati ... bukan salah resepi, tapi oven kakak Ipar la yg harus dipersalahkan, bayangkan muffin yg patut naik membukit ditengah, boleh lak naik menyenget ... minah senget ke apa ;-). Kecewa menengokkan rupanya tu, tapi rasa ... alhamdulillah, sedap tau!

MUFFIN COKLAT
Sumber: Izah, mak Lang &  kak Ummi

Bahan-bahannya:

A
 2 cawan tepung *izah gune tepung gandum
1 1/4 cawan serbuk koko *izah letak 1 cawan
2 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil soda bikarbonate
3 sudu teh nescafe
sedikit garam

B
 2 cawan gula kastor *izah kurangkan sikit
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair (atau susu segar)
3 biji telur
1-2 sb oren sunquick * izah tambah

C
 3/4 cawan air panas

Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi. Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar. Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata. Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata. Ceduk ke dalam muffin cup dan bakar pada suhu 175 C selama 20 minit. 
 

3 comments:

  1. haha makcik pun selalu buat kek senget, mmg oven punya pasal la...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...