Friday, January 3, 2014

Cheesekut


Jumaat datang lagi. Cepat betul masa berlalu, sekejap je kita dah masuk tahun baru ye. Ok la, ni my first entry untuk 2014 tapi dibuat Dec 2013 tau ;). Dessert ni saja I buat masa family abang ipar I datang cuti Krismas hari tu ... nak jamu my niece yang preggie. Of course sedap kan sebab ada cream cheese, dorang pun suka sangat. Tak sedar, sebekas boleh habis in one sitting ;) First time I tried cheesekut ni kat rumah my aunty, anak dia Alia yg buat and it reminds me of Kek Lapis Cheese Persona yang I pernah buat dulu. Sama je rasanya ... tapi yang ni ada rasa masin-masin sikit sebab biskut yg digunakan tu mmg jenis yg masin macam biskut Torch jenama Julie's tu.

 
CHEESEKUT

1 paket biskut Deluxe Crackers
Sedikit fresh milk
3-4 sudu susu pekat manis ikut suka
250gm cream cheese 
Sedikit lemon juice

Biskut oreo tanpa cream/nestum - blend halus untuk ditabur

  1. Pukul cream cheese guna mixer sehingga kembang (jadi lembut & warna bertukar cerah sikit). Kalau takde mixer, guna blender pun boleh.
  2. Masukkan 3-4 sudu susu pekat manis. Tuang sikit-sikit. Rasa dulu, kalau kurang manis baru tambah lagi. Masukkan sedikit perahan lemon. Gaul sebati dan tambah sikit fresh milk anggaran 2-3 sudu. Tengok kepekatan bancuhan tu. Jangan terlalu cair sebab nanti kek jadik lembik susah nak potong dan jangan terlalu pekat sangat nanti susah nak disapu.
  3. Ambil sekeping biskut dan celup dalam fresh milk, bukannya rendam tau. Dah celup tu terus susun dalam bekas.
  4. Then lapiskan dengan bancuhan creamcheese tadi. Tak payah tebal sangat, nanti rasanya akan jadi terlalu masin. Cukup sekadar menutupi. Taburkan sedikit serbuk oreo, berselang satu lapisan (in e.g. lapisan 1 dan 3).
  5. Then lapis lagi biskut2 yang dah dicelup atasnya plak. Ulang lagi sampai habis bancuhan cream cheese tadi.
  6. Atas sekali mesti lapisan cream cheese dan taburkan serbuk oreo. Simpan dalam peti ais. Biarkan dalam peti ais sehingga keras sikit supaya senang dipotong. 

No comments:

Post a Comment

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...