Here's my family all-time favourite lauk tempoyak. Keluarga kami panggil hidangan ni Lauk Tempoyak tapi nak bezakan dengan negeri2 lain, I bagi la nama Gulai Tempoyak Pucuk Ubi. Bukan x masuk sayur-sayur kampung yg lain, tapi pucuk ubi kayu tu adalah portion nya adalah lebih berbanding sayur-sayuran yg lain. Daun-daun lain xboleh diletak banyak, nanti akan beri rasa yg kelat/pahit pulak.
Time kenduri kat rumah nenek kat kampung, lauk ni dah semestinya la jadi menu wajib. Tapi masa lain pun kalau ada stok tempoyak, memang masak jugak. Dah tu bila masak, memang x hengat la. Mau sepiuk hentak. Ye lah, nanti nak bagi dak tu, dak ni ... nak hulur sikit kat orang dulu, orang dilir ... orang kek ampang, kajang laei ... merata la lauk
tempoyak ni sampai. Biasanya kat kampung memang lebih teruja nak memasak lauk ni sebab pucuk-pucuk daun tu ada je tanam kat sekeliling rumah. Assistant pun ramai nak tolong meraciknya nanti, waima kalau balik kg memang xde keje lain, masak ... makan, masak ... makan je la, complete 5 meals satu hari ... sambil dok menyonggey yo .. hehe ...
Ini cara kami la ... cara orang melaka ... mungkin ada beza sikit dengan orang negeri sembilan. Macam ada sestgh orang, masuk daun labu juga dlm lauk ni.
Ni ler rupa daun mangun
GULAI TEMPOYAK PUCUK UBI
3-4 senduk tempoyak
2-3 ikat pucuk ubi
5-6 helai daun kaduk - rupa mcm daun sireh
5-6 helai daun mangun
8 helai daun kunyit
4-5 papan petai - dikikis bahagian luar kulitnya dan direndam dalam air garam, boleh juga buang terus kulit jika x suka
3 batang serai
1 genggam ciliapi - blend halus dgn sedikit kunyit hidup
Santan dari 2 biji kelapa
3-4 batang cili hijau merah - dibelah dua
Garam dan gula jika perlu
Semua daun diracik halus. Kemudian daun-daun ini dicuci dgn garam dgn meramas-ramasnya untuk membuang rasa kelat pada daun. Campurkan petai, tempoyak serta cili api yg diblend tadi dan satukan kesemuanya ke dalam periuk
kedlm periuk. Masukkann santan, jerang atas api hingga
mendidih. Tambahkan belahan cili hijau/merah. Rasakan garam, gula dan jika perlu boleh tambah tempoyak sesedap rasa. Masak sebentar lagi dan boleh lah ditutup api.
** Lauk tempoyak ni memang sedap sangat jika digandingkan dengan ikan goreng dan ikan masin. Dapat nasi panas-panas, walla ... kadang-kadang yg baru masak tu, I ambil semangkuk, makan macam tu jer ... mcm org hirup sup ;) Yang perangat esok hari tu lagi sedap, buat cicah dengan cekodok kosong, lempeng ke or roti ... memang boleh hancur diet.
Assalamualaikum..mmg sedap nmpaknya ain...
ReplyDeleteWaalaikumsalam ... ye Umie, bagi penggemar tempoyak, mmg sedap sgtt ;)
Delete