Friday, April 25, 2014

Ayam Panggang Simple


Ayam panggang ni kita buat dalam sebulan yang lepas. Berborak sakan kat telegram & when I shared pic of ayam panggang sedap with rosemary yg I buat masa tu my x-schoolmate dok tanya resepi ayam panggang yang best. Jade pun shared her simple ayam panggang resepi which then I teragak la pulak nak buat terus. Since dia xbagi specific measure I menambah la mana yg patut.

It's a very simple & quick preparation & bahan-bahan pun yg biasa ada dalam setiap rumah, yet taste dia still sedap. My kids just love it.


AYAM PANGGANG SIMPLE
Sumber: Jade

Seekor ayam - belah 4 supaya sekata & cepat masaknya
Lada sulah secukupnya
Garam
Lemon - dihiris letak diatas/dicelah kulit ayam, boleh juga diperah sedikit jusnya & dilumur pd ayam
Olive oil/butter - untuk lumur pada ayam 

Ayam yang dah dibersihkan dilumur rata dgn lada sulah, garam & jus lemon. Kemudian dilumurkan dengan olive oil /butter untuk menghasilkan kulit luar yg rangup & cantik berkilat. Hirisan lemon diletakkan dicelah-celah kulit ayam dan bakar ayam di dalam oven sehingga masak.

2 comments:

  1. letak lemon byk2 tak pahit ke?? pernah buat kat steam fish..pahit rasa dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok je kat ayam panggang. Jgn la terlampau byk. Sebiji pon sebenarnya dh cukup. Tau, mmg pahit kalau steam fish ko masukkan dgn kulit2 lemon sekali sbb ada kuah. Kalau lime pon sama. Lagi satu biji dia tu pon menyebabkan rasa pahit.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...