Tuesday, April 29, 2014

Bee Hives Bread / Roti Sarang Lebah



Ooo yesss ... I pon dah terkena sengatnya. This bread is the talk among food bloggers right now, tu yg achik pon terkinja-kinja juga nak menerai. I first saw this kat FB cik Izah Muffin ler. For me, the bread alone xde apa-apa special pon. It's the Butterscotch sauce & the crunchy nuts that makes it taste sooo good, finger licking good ;) We licked the sauce sampai habis licin berkilat xyah basuh dah bekas tu ... hahahaaa ...

Kalau I nak buat lagi, I will definitely use a different recipe for the dough sbb I lebih suka roti yg lembut & buat lebih the Butterscotch sauce tu sebab that day tak cukup kita nak colek-colekkan kat roti tu.  I hantar sikit kat rumah my mum, adik I siap nak order tau. So, amacam? Uols x tergoda gak ke nak buat?


ROTI SARANG LEBAH
Resepi: Lydia Honey

DOH
2 cawan tepung gandum * izah campur tepung roti
1/2 Sudu teh dry yeast
1/4 Sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt, suhu bilik *yogurt tak de izah ganti buttermilk
¼ cawan minyak sun flower
1/2 cawan air suam +-

**Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch jika suka

Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung gsndum, baking powder dan kacau sebati.
Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.
Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan. INGAT..cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dolu2 (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.
Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON ok..


Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginnya.
Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan dengan minyak je.


Taburkan dgn pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. 
Sementara menunggu doh naik ON kan over anda.. Setting 180-200C api atas bawah..(ikut oven anda gak ye..my oven suhu ni).
Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah. Time bakar dalam 10-15 minit.
Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya. Sedia untuk dihidangkan.


NOTE:-
1) doh memang lembik.. Jsngan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.
2) No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.
3) Make sure oven benar2 panas supaya ia lembut bak cotton.
4) JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras
5) Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.


BUTTERSCOTCH SAUCE

1/2 cup brown sugar bukan gula merah ok
1/2 cup whipping cream(kalau tak de boh jer susu cair)
A pinch of salt
1/2 tsp vanilla essence
25g butter

Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih. Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.
Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.

NOTE:-

Make sure semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan.
Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat.. Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau .


6 comments:

  1. sedapnya... sy pun lebih suka guna doh yg roti biasa tu kakn..lebih lembut

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah buat juga ye? Kan ... doh yg ni agak keras sikit la

      Delete
  2. aslmkum ain.. bila tgok butterscoth yg meleleh tu mmg teringin lagi nak mkn .. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam akak ... kita nmpk gak akak ada buat, xsempat nak mengomen ;)

      Delete
  3. Assalam Ain,
    akak dah 2x buat roti ni..
    yes i agree with you would prefer to try versi yang
    lembut sikit..Mungkin versi original saucenya dituang keatas roti,
    then makes the roti lembut, sebab dah absorb saucenya..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam kak ayu, i thot i tersilap ke, so betul la this bread kasar & kering sikitkan texture dia.

      Delete

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...