Friday, July 4, 2014

Bubur Candil dengan Keledek (Iftar 4 Ramadhan 1435H)


Bubur ni permintaan Hafiy untuk iftar, gara-gara dia ternampak kat blog Yatiememories. Mula-mula candil tu Hafiy xnak letak any colouring, tapi I kata pucat sangat tak de seri. At last dia setuju la kasi mekap kaler hijau sikit .. haa ... baru la berselera nak makan, kan.

BUBUR CANDIL DENGAN KELEDEK
Resepi: Yatiememories

2 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung gandum
sedikit garam
1 cawan air- utk uli tpng (tuang sikit2 ya masa uli doh)
Air secukupnya - utk merebus bubur candil
1 biji labu manis- sedang besarnya Bahan Kuah

1 cawan santan pekat
4 cawan air
3/4 cwn gula pasir
2 sudu besar gula merah- bancuh dngn sedikit air dan tapiskan
2 helai daun pandan-di simpulkan


Kupas labu sehingga bersih dan potong kecil/dadu besar. Cuci bersih dan rebus hingga empuk. Bila dah empuk toskan. Sementara tu dlm periuk lain didihkan air utk rebus doh candil.
Campurkan tepung pulut, tepung gandum dan sedikit garam ke dlm mangkuk.
Tuangkan air sedikit demi sedikit ke dlm tepung. Gaulkan rata dan uli sehingga menjadi doh yg lembut.
Didihkan air dlm periuk, bulat2kan adunan menjadi bebola kecil dan rebuslah ke dlm air yg mendidih.
Apabila dah timbul bebola tu, bolehlah angkat dan tapiskan.
Di dalam periuk yg lain, masukkan santan pekat, air dan gula pasir.
Masukkan bebola candil tadi dan masukkan daun pandan...gaul sebati.
Gaul sentiasa supaya santan tidak pecah...biarkan mendidih. Setelah siap, matikan api dan bolehlah di hidangkan.

Mak pulak masak rendang kerang satu kuali ;) ... sedap betul kita makan dengan nasi himpit ...

3 comments:

  1. tepung pulut gentel tu di panggil candik ya...pernah la buat tapi tak tau nama.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita pon xtau org panggil candil, tp yg perasannya .. candil ni campuran tpg pulut + tpg gandum; tapi kalau onde2 buah melaka tu cuma guna tepung pulut aja ;)

      Selamat berpuasa jugak buat mck sekeluarga.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...