Thursday, March 19, 2015

Mee Bandung


Mee bandung ni, I buat sebulan lepas. Kes teringat mee bandung tulang rusuk kat pasar pagi bukit indah, ampang tu ... tu yang saja nak buat sempena celebrate birthday Hafiy. Kali ni I cuba resepi dr kak Azie's Kitchen sebab cara & bahan-bahannya agak simple je tapi nampak sangat la tempting ;)

MEE BANDUNG
Sumber: Azie Kitchen


1 bungkus mee kuning
4-6 ekor udang basah
1-2 ekor sotong - potong bulat
50 gm udang kering
1/4 cawan kacang tanah goreng- tumbuk
Sawi
Hirisan daging (tak letak)
Air rebusan daging (guna kiub ayam)
4 biji telur
Gula dan garam
Mee kuning - celur

Bahan Kisar:
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering

Bahan hiasan:
3 keping tauhu goreng - hiris nipis
Bawang goreng
Hirisan cili merah

Limau kasturi/limau nipis

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga cili masak. Masukkan udang kering yang telah diblend hingga naik bau.

Kemudian masukkan air rebusan daging, kacang, udang basah, hirisan daging dan juga sotong. Didihkan, masukkan gula dan garam secukup rasa.

Kecilkan api. Pecahkan telur sebiji sebiji. Jangan kacau supaya telur tidak pecah. Biarkan telur masak /separuh masak, ikut suka. Akhir sekali masukkan sawi.

Tutup api. Curahkan kuah di atas mee. Hiaskan dengan bawang goreng, tauhu goreng, hirisan cili dan limau nipis/limau kasturi. Siap untuk dimakan.


Gambar birthday boy xde la pulak, jumpa gambar Haziq je dgn atok dia. Susah nak dapat gambar atok dgn gaya sporting macam ni. Selalunya mesti dia buat-buat x camera ready, xpun muka tu mmg ala-ala xpandang camera ... tapi malam tu, atuk sporting la utk cucu dia ... peace ... tuk ;)

Monday, March 16, 2015

Kek Oren Marble Lembap


Kek oren mmg my all time favourite. Teringat, mak pun suka kek ni. Aritu boring xleh wat keje kat ofis ni ternampak che mat post gambar kek oren kat blog dia. Dan dan tu teringin, macam terbau-bau je wangi oren kek ni kat hidung ni ha ... tapi dek asyik lambat je sampai rumah hari-hari xler dapat buat-buat lagi sampai la semlm, dah xtahan sgt rasanya. Walaupun dah dekat nak tgh mlm, xkira ... semangat sangat nak baking ... gagahkan diri utk buat juga ...  tapi at last bila dah siap, takut lak nk ngap. Haha ... Tahan nafsu je menunggu esok harinya ... nasib baik sedap & very moist. To those yang suka kek yang cair di mulut, boleh la cuba resepi ni, In sha Allah x mengecewakan.

KEK OREN MARBLE LEMBAP
Resepi: Chef Wan
Sumber: CMG

200 gram mentega berkualiti tinggi (scs, anchor, emborg, golden churn)
1 cawan gula kastor (asingkan 2 camca besar)
2 biji orang sunkist saiz sederhana. cuci dan lap kering
1 1/2 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour), diayak
3 biji telur gred A, asingkan kuning dan putihnya
1 camca besar serbuk koko
1/3 camca teh garam halus
Badam cincang, untuk hiasan (optional)


Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat berukuran 8 atau 9 inci dengan mentega dan alas dasar tin dengar kertas minyak. Lenser juga kertas tadi (che mat guna tin aluminium pakai buang saiz sederhana, dapat 3 biji). Oren sunkist diparut kulitnya, pastikan bahagian kaler oren sahaja. Kemudian perahkan jusnya. Ketepikan.

Putar putih telur hingga berbuih, kemudian masukkan 2 camca besar gula kastor (yang diasingkan dari resipi) dan putar hingga bertanduk. Matikan mixer dan alihkan putih telur ke dalam bekas lain. Ketepikan.

Masukkan mentega. garam dan gula kastor dalam mangkuk pemutar. Putar hingga gula larut, masukkan kuning telur, satu persatu dan terus memutar hingga kembang. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan jus oren hingga habis. Tambah parutan kulit oren, putar rata.

Menggunakan spatula, cedok 1/3 bahagian putih telur (no. 2) dan gaul rata dengan adunan mentega, gunakan kaedah kaup balik. Cedok lagi 1/3 bahagian putih telur dan lakukan kaedah yang sama, buat hingga baki putih telur habis. Dan gaul hingga rata.

Cedok keluar 3 camca besar adunan ke dalam mangkuk lain. Tambah serbuk koko (pastikan ia diayak), gaul hingga rata dan sebati. Tuang 1/2 bahagian adunan kek ke dalam tin, kemudian sudukan 1/2 bahagian adunan koko, buat beberapa tompokkan. Lorek dengan chopstik hingga membentuk corak marmar.

Tuang baki adunan kek dan ratakan. Sudukan baki adunan koko atasnya, dan lorekkan dengan chopstick, pastikan anda tidak cucuk chopstick tadi hingga ke dasar tin, untuk mengelakkan lorekkn yang anda buat awal2 tadi rosak. Tabur sedikit badam cincang atasnya, jika suka.

Bakar 45 minit atau hingga kek masak. Uji dengan mencucuk lidi sate bersih atau cake taster di bahagian tengah kek, jika keluar bersih tu tanda kek anda masak. Keluarkan dari oven, biar 5 minit dan boleh keluarkan dari tin. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan sebelum dihidangkan.


Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...