Monday, May 3, 2010

Ayam Panggang Ala Kenny Rogers

Ni projek awal tahun hari tu. Asalnya ternampak ayam ni kat blog Teratak Impian yg diceduk dr dapur Hana Kanazawa. Bukak blog hana lagi la tergoda tgk dia posing2kan ayam nih. Memang tgh kecoh sana sini masa ni org dok cuba resepoi ni. Memandangkan Haziq memang akan tersangat lah happynya kalau dpt ayam tergolek sekor cenggini, kita pon apa lagi... menerai ler jugak. Resepi ni i copy dr. Teratak Impian.


AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS
(Sumber: K.Mid MyR)

1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)

Bahan-2 untuk make up ayam :
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam - aku tadak sos nih ganti ngan sos tiram+kicap pekat n lada hitam byk.
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir- hana gune gula perang
2 sudu besar herba campuran- akak guna serbuk rempah paprika je
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
Sedikit mentega

Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
Perap selama 1 1/2 jam.- hana perap semalaman.

Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.

Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.
 
Gaya dramatik si bujang yg happy dpt ayam golek... dia sendiri yg sibuk suruh kita snap ni.

No comments:

Post a Comment

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...