Tuesday, June 22, 2010

Kek Coklat Tanpa Telur


Another choc cake recipe. Cuma bezanya kali ni, tiada penggunaan telur. Tingin juga nak tau the outcome, kan ^_^ So I ambik kesempatan mencuba resepi ni  utk class party my kids; hari terakhir before cuti sekolah baru2 ni. Memang super moist & lembut keknya. Bak kata my friend, basah lencun. Rasa pon sgt chocolatey. But I'm gonna give it a second try nnt, x puas hati sket pasal masa bakar tu whether nak kena lama lagi. Hari tu bila cucuk lidi mmg licin je kuar, terus tutup api. Resepi ni i dapat dr blog Dayang Jack. Mengancam betul kek dayang, tu yang kita tergoda terus buat tu.

KEK COKLAT TANPA TELUR
Sumber: Dayang Jack

Bahan-bahan : loyang kecil
1 cawan tepung gandum*
1/3 cawan serbuk koko hitam* (serbuk koko lain pun boleh)
1 sk serbuk penaik*
1/2 sk soda bikarbonat*
1/4 sk garam
3/4 cawan gula pasir / gula halus (dikisar halus seperti gula icing)
1/3 cawan minyak masak sayuran / minyak jagung
3/4 cawan air kopi panas
1/3 cawan susu segar
1 sk esen vanilla
1 sk cuka / jus lemon (DJ prefer guna cuka)

Sediakan loyang kek. Griskan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. Panaskan oven pada suhu 170-180 C.
Di dalam mangkuk adunan, ayakkan bahan-bahan bertanda *. Masukkan gula dan kacau rata-rata.
Masukkan bahan-bahan selebihnya (kecuali cuka) dan barulah dikacau sebati dengan menggunakan senduk kayu / spatula. Kacau mengikut arah pusingan jam. (pastikan air kopi btl2 panas)
Tapiskan adunan.
Masukkan cuka dan terus kacau serta merta selama 20 saat.
Tuangkan cepat2 adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 30-40 minit atau sehingga masak. (suhu bergantung pada jenis oven masing2).
Setelah masak, sejukkan kek semalaman sebelum dipotong. Nak hiaskan dengan ganache pun ok.

*** Gunakanlah cawan dan sudu metrik utk menyukat bahan-bahan.
*** Fungsi cuka antaranya adalah utk membantu kek naik cantik dan tidak melimpah keluar dari loyang semasa dibakar.


Yang ni for the ninjas bawa ke school.

No comments:

Post a Comment

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...