Tuesday, June 22, 2010

Bahulu Batik Mekar Kukus


Dah lama teringin nak buat kuih ni, bayangkan dr Kak Rossya S'pore (dia buat Apam Blossom) tu active berblogging lagi sampai la skrg.. Tapi bila nampak K.Fida MyR posted the recipe kat myresepi, step by step tu macam mudah je, ku gagahkan juga la mencuba. Alhamdulillah... mekar sungguh. Actually gambar ni my second attempt, to me failed sket compared to the first try. Asyik tertangguh je nak post kat sini sbb tak ingat mana letak gambar. Yang dulu mekar sungguh... pecah tiga or empat jer, xde pecah2 kerang kat atas tu. Tak tau la silap kat mana, rasa sama je caranya. I kata kurang jadi sebab kalau perhatikan betul2, bhgn atas kuih tu macam lembab2 padat sket ... x puas hati betul la... dah la ni buat utk kudap2an majlis pertunangan my cousin, Cik Jaja masa Wesak Day aritu. Apa2 pon resepi K.Fida ni memang best! Myresepi asik down je, ni kita copy dr blog hana aje lah.


BAHULU BATIK MEKAR KUKUS
Sumber: K.Fida @ MyR

125 g tepung gandum*
1 sk baking powder* (*ayak bersama)
115 g gula halus
1/2 sk penuh ovallete
4 1/4 sb susu cair
1 biji telur - A
1/2 sk esen vanilla
1 sk choc. pes (akak guna 1 sb koko dibancuh air jadikan pes)

Panaskan kukusan.Sediakan papercup beralas mangkuk alum.
Pukul semua bahan kecuali choc pes hingga sebati dan pekat.
Adunan dibahagi dua dan bubuh choc pes pd satu bahagian.
Bubuh adunan berselan-seli dlm papercup yg tersedia hingga habis.
Kukus hingga mekar selama 10-15 min dgn api kuat.
Sejukkan kuih dan boleh disajikan.

** I also like the color combination, suggested by my dear sis, Apam shomel kata Cik Wa. Thanks sis for your help that day!


Update sket pic kuih ni yg kita buat 1st time. Sorry la kalau macam syok sendiri plak, xde niat lain cuma nak berkongsi masalah je ^_^. Nampak x perbezaannya? Mekar x hengat... semekar hati tuan yg membuatnya masa tu. Gebus mulus ringan; sedap sungguh. Tapi nape 2nd time x mcm ni... Yg first tu mcm malu2 je nak gelak, teksturnya pon agak padat sket tau ... isk, nak kena csi. Kalau ada sapa2 tau sebabnya, share ye. Nak buat lagi ni coz family ... anak2 esp mmg suka.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...