Tuesday, June 22, 2010

Ayam Ala Kassim


Soalan trivia: Apa ada pada si Kassim ni? hihi...

Dah merata i nampak org dok tayang ayam ni, tapi masa tu x heran sgt sbb ingatkan bahan2nya cerewet, x check pon resepinya. Then last week nampak Ayu S'pore dok tayang ayam ni & dia mentioned resepinya senang sangat dan rasanya pon sedap, so kita pon tergerak la nak cuba jugak. Ye lah, nak tau gak apa yg hebatnya si kassim ni... popular sgt cam kassim selamat nampak ;).

Buat semalam coz Haziq kata dah lama x makan ayam, terus tingat nak cuba ala kassim ni. Memang mudah bahannya & tak sangka rasanya pon marvellous u... anak2 pon kata sedap, cuma i tambah sos tomato sket dlmnya nak balancekan rasa kicap pekat yg macam dah terlebih bubuh tu. Jangan main2 tau, walaupun si kassim ni agak hitam rupa kejadiannya, rasanya tetap hebat, kalau nak tau... cubalah! Ni kita copy resepinya dr rumah K.Zai.

AYAM ALA KASSIM
Sumber: azura Suhaimi@MyR



1/2 ekor ayam - dipotong kecil
3 sudu besar cili kisar - kalau suka pedas boleh tambah
2 sudu besar kicap pekat
3-4 tangkai daun kari
air secukupnya
garam dan gula secukup rasa
sos tomato ** ain tambah

bahan2 kisar:
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia

gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit
kemudian gorengkan ayam tadi separuh masak
angkat dan ketepikan
panaskan minyak
tumiskan bahan2 kisar dan cili kisar sehingga wangi dan pecah minyak
masukkan daun kari dan kacaukan rata
biarkan seketika sambil dikacau selalu
kemudian masukkan kicap pekat dan tumiskan sehingga kuah agak kering sedikit
masukkan pula ayam dan sedikit air (kepekatan dan kecairan kuah bergantung pada selera masing2)
akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa
kacau dan biarkan sehingga ayam masak dan empuk
angkat dan hidangkan dengan nasi putih, nasi minyak, nasi tomato dan lain2

note: masakan lama, senang dan sedap

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...